Kerajaan MADANI selesaikan 10 tuntutan MA63, isu pendidikan dan minyak masih dibincang

KUALA LUMPUR – Rundingan berhubung pelaksanaan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus menjadi fokus utama Kerajaan MADANI apabila 10 daripada 26 tuntutan rasmi negeri itu berjaya diselesaikan setakat ini.

Perkara tersebut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi, di Dewan Rakyat yang meminta penjelasan mengenai status terkini rundingan serta isu autonomi dalam sektor pendidikan.

Menurut Fadillah, antara tuntutan penting yang telah dimuktamadkan ialah pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak sebagai jabatan teknikal, pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membolehkan wakil negeri dilantik, serta pemindahan status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan persekutuan kepada pelabuhan negeri. 

Beliau berkata, pindaan Ordinan Buruh Sarawak turut memberi kuasa lebih luas kepada kerajaan negeri dalam aspek pengurusan tenaga buruh.

Selain itu, satu lagi tuntutan berjaya ditangani secara interim iaitu semakan semula pemberian khas kepada Sarawak di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. Dua tuntutan lain pula telah diputuskan di peringkat dasar, melibatkan bidang kuasa alam sekitar serta pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman.

Bagaimanapun, masih terdapat lapan tuntutan yang sedang dibincangkan, antaranya isu pendidikan, kesihatan, Borneonisasi perkhidmatan awam, pembangunan sempadan Sarawak-Kalimantan serta cadangan menambah bilangan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat.

Sementara itu, lima tuntutan lain yang melibatkan isu lebih sensitif dan berimpak besar kini dirujuk ke peringkat tertinggi. 

Ia termasuk tuntutan berkaitan royalti minyak, hak negeri terhadap pelantar benua, Akta Laut Wilayah 2012 serta isu pembayaran tunai petroleum yang menuntut penelitian lebih mendalam.

Kerajaan MADANI menegaskan komitmen untuk mempercepatkan penyelesaian semua tuntutan MA63. 

Namun begitu, menurut Fadillah, proses undang-undang, tahap kesediaan negeri dari segi operasi, sumber manusia serta kewangan masih menjadi faktor penentu tempoh pelaksanaan. 

Tambah Fadillah, segala isu yang belum selesai dipantau rapi melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63), dengan Jabatan Perdana Menteri berperanan sebagai sekretariat utama bersama kerajaan negeri serta pemegang taruh berkaitan.

FOTO: Facebook Fadillah Yusof

Related Posts

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

KUANTAN – Pahang memperkukuh rantaian industri perikanan negeri dengan memberi tumpuan kepada teknologi pemprosesan, penyimpanan dan pembangunan produk hiliran berasaskan hasil laut. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) akan menyelaras dengan agensi berkaitan bagi menyemak pematuhan pengendali, vesel, aktiviti pelancongan dan kemudahan susulan kematian seorang pelancong China…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar