Sembilan warga emas terima Kad Kesihatan Kasih Makmur

KUANTAN – Seramai sembilan warga emas menerima Kad Kesihatan Kasih Makmur ketika program turun padang dan sarapan pagi bersama penduduk di pekarangan surau Kampung Air Hitam, dekat sini.

Selain itu, dua penduduk menerima bantuan peralatan perniagaan dan seorang pelajar menerima sumbangan untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Penyerahan semua sumbangan itu dilakukan pembantu penyelaras DUN Pulau Manis, Dr Boi Saidi@Nas Sayidi Abdul Razak.

Hadir sama pada majlis itu bekas Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Mohamed.

Dr Boi Saidi yang juga Pengerusi Biro Kesihatan UMNO Pekan berkata, sumbangan berkenaan adalah antara inisiatif berterusan kerajaan Pahang dalam membantu mereka yang memerlukan.

“Sudah tentu ini adalah bukti jelas bahawa kerajaan negeri dipimpin Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail amat cakna dengan kebajikan rakyat di Pahang.

“Saya harap semua penerima sumbangan pada majlis kali ini dapat memanfaatkan bantuan diterima dan dapat memudahkan urusan mereka,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Mohd Fakhruddin Mohd Ariff yang sentiasa menyokong permohonan bantuan daripada penduduk dalam kawasan DUN Pulau Manis.

Related Posts

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

KOTA KINABALU- Pembangunan infrastruktur pengangkutan di Sabah masih menjadi antara keutamaan Kerajaan MADANI, khususnya dalam usaha merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dengan Semenanjung. Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Ahmad Farid Sainuri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teknologi komunikasi maju, warisan lama jangan ditinggalkan – Fahmi

KANGAR – Kemajuan teknologi komunikasi yang semakin pantas perlu diterima tanpa mengabaikan nilai sejarah dan warisan komunikasi tradisional yang membentuk perjalanan masyarakat sejak sekian lama. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

SPRM sahkan sudah buka kertas siasatan UiTM Holdings

SPRM sahkan sudah buka kertas siasatan UiTM Holdings

Teknologi komunikasi maju, warisan lama jangan ditinggalkan – Fahmi

Teknologi komunikasi maju, warisan lama jangan ditinggalkan – Fahmi

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran