Belanda utamakan bantuan kemanusiaan di Gaza – PM Schoof

PERDANA Menteri Belanda, Dick Schoof menegaskan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza kekal menjadi keutamaan utama kerajaan beliau.

“Bantuan kemanusiaan adalah keutamaan nombor satu. Akses tanpa had untuk pertubuhan seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Palang Merah dan Bulan Sabit Merah merupakan prasyarat mutlak.

“Hanya dengan cara itu bantuan kemanusiaan dapat benar-benar sampai ke Gaza,” katanya menerusi mesej video di media sosial ketika menjawab persoalan semasa, lapor Anadolu.

Schoof turut menekankan bahawa Israel bertanggungjawab membenarkan kemasukan bantuan selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Beliau berkata, beberapa persetujuan dalam kalangan Kesatuan Eropah (EU) tidak dilaksanakan sepenuhnya, menyebabkan penghantaran bantuan terpaksa dilakukan melalui kaedah tertentu seperti penghantaran makanan dari udara.

“Sejak Ahad lalu, Belanda sekali lagi dapat melaksanakan penghantaran makanan udara ke Gaza. Namun, ia bukan cara yang paling selamat atau pantas. Justeru, kami terus memberi tekanan agar bantuan dapat disalurkan melalui pintu sempadan darat,” jelasnya.

Menurut beliau, tekanan terhadap Israel perlu diteruskan bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan di Gaza. Katanya, sekatan (sanctions) adalah salah satu instrumen, namun mesti diputuskan dalam kerangka EU.

Menyentuh isu politik, Schoof menegaskan Belanda masih menyokong penyelesaian dua negara yang menjamin kewujudan negara Palestin yang merdeka serta Israel yang selamat. Namun begitu, pengiktirafan negara Palestin belum berada dalam agenda kerajaan Belanda pada masa ini kerana memerlukan penelitian.

Dalam pada itu, Schoof turut mengecam serangan terhadap wartawan, sambil menyifatkan kebebasan media dan keselamatan wartawan sangat penting ketika peperangan.

“Serangan yang disengajakan terhadap wartawan adalah tidak boleh diterima. Kami telah meminta penjelasan daripada Israel mengenai perkara ini. Belanda juga mendesak akses selamat untuk wartawan ke Gaza serta jaminan keselamatan mereka,” katanya.

Related Posts

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, Washington akan melancarkan lebih banyak serangan terhadap Iran dalam tempoh dua hari akan datang, sambil mendakwa Teheran ‘tidak mempunyai apa-apa’ untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

ISTANBUL – Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan pusingan ketiga terhadap Iran minggu ini selepas tentera Iran melepaskan tembakan ke arah kapal yang transit di Selat Hormuz dan mengumumkan penutupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam