Program menembak 5 Divisyen platform erat kerjasama strategik

KOTA KINABALU – Program menembak Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Divisyen) yang dianjurkan setiap tahun menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan strategik di Sabah.

Panglima 5 Divisyen, Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin berkata, program berkenaan bukan sekadar acara santai, sebaliknya wadah menghargai kerjasama erat semua agensi kerajaan, swasta, rakan strategik serta media yang sentiasa memberi sokongan kepada Tentera 5 Divisyen.

“Kalau ikutkan jemputan kita lebih kurang 35 agensi, dan majoritinya hadir. Malah, ada wakil-wakil media dan rakan strategik lain yang turut serta.

“Kehadiran ini menunjukkan hubungan baik yang telah kita pupuk selama ini,” katanya ketika ditemui media selepas Program Menembak Pistol sempena Hari Bersama Agensi Awam dan Media Tahun 2025 di sini pada Selasa.

Mengulas perjalanan program, beliau menyifatkan ia berjalan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan.

“Melihat kepada riak wajah semua yang hadir, saya percaya program hari ini berjaya.

“Ia bukan sahaja mengeratkan hubungan, tetapi memberi ruang kita berkongsi pengalaman dan strategi bersama rakan agensi,” jelasnya.

Ditanya mengenai sama ada program ini akan diperluaskan kepada veteran tentera, ulas beliau tidak mustahil untuk melibatkan lebih ramai rakan strategik termasuk veteran tentera.

“Buat masa sekarang, kita tumpukan kepada rakan strategik dan media.

“Tetapi tidak mustahil pada masa depan ia boleh dikembangkan lagi dengan penglibatan lebih luas,” katanya.

Turut hadir Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah; Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sh. Sitti Saleha Habib Yussof; Pengarah Pembangunan Negeri Sabah Samsul Dollah dan Pengarah Keselamatan Negeri Sabah Datuk Yahya Sulaiman.

Related Posts

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

TELUK INTAN – Dua remaja perempuan maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta di Jalan Padang Tembak di sini, petang Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik