MyGEMS bantu orang awam lapor bencana geologi secara pantas

LAHAD DATU – Orang ramai kini boleh melaporkan kejadian bencana geologi secara terus dalam talian melalui Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) yang dibangunkan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).

Pengarah JMG Sabah, P. Geol. Dr. Frederick Francis Tating berkata, MyGEMS juga memudahkan orang awam mendapatkan maklumat yang tepat, pantas dan boleh dipercayai sekali gus meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan geosains dalam kehidupan seharian.

“Orang awam boleh menggunakan kemudahan ini tanpa perlu mendaftar, sekali gus memudahkan capaian kepada modul seperti permohonan data awam, carian katalog data dan aduan geobencana. 

“Pengguna juga boleh melaporkan insiden bencana geologi secara terus dalam talian, menjadikan MyGEMS sebuah platform ‘crowdsourcing’ yang bernilai,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perasmian Jeyarawara@MyGEMS di Hotel De Leon Lahad Datu, pada Selasa. 

Menurut Frederick, sejak dilancarkan Mac tahun lalu, MyGEMS telah memuatkan lebih 15,000 rekod data dan menerima lebih 46,000 pelawat menunjukkan tahap penerimaan dan keberkesanan sistem itu. 

Katanya, sejak pelancarannya, JMG juga menerima aduan menerusi ‘website’ kejadian seperti tanah runtuh yang berlaku di Sandakan, Kinabatangan dan Semenanjung. 

“Dengan pelaksanaan MyGEMS, JMG telah melangkah setapak ke hadapan dalam era digital, memanfaatkan teknologi geospatial terkini bagi menyokong perancangan pembangunan negara, mitigasi risiko bencana, pengurusan sumber mineral dan air bawah tanah, serta pemeliharaan warisan geologi. 

“Inisiatif ini menandakan komitmen berterusan JMG dalam menyediakan perkhidmatan berasaskan data yang komprehensif, boleh diakses, selamat dan memberi impak positif kepada rakyat serta negara,” katanya. 

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif menerusi teks ucapan dibacakan Setiausaha Tetap KSTI, Hassan Mahali berkata, Kerajaan Negeri komited membangunkan Sabah seiring era digitalisasi yang maju, inovatif, kompetitif dan berdaya tahan.

Katanya, sejajar dengan visi KSTI iaitu melahirkan generasi intelek dan inovatif melalui kemajuan sains, ICT dan modal insan berkemahiran tinggi menjelang tahun 2030, setiap keputusan yang dibuat adalah berasaskan data, pembangunan dirancang dengan teliti dan kelestarian alam sekitar tetap terjaga.

“Usaha yang dilaksanakan oleh JMG untuk memperkasa integrasi maklumat spatial dalam perancangan, pemantauan dan pengurusan sumber negara adalah selaras dengan aspirasi negeri. 

“Inisiatif sebegini bukan sahaja menghubungkan data dan teknologi, malah menghubungkan manusia dengan matlamat bersama,” katanya. 

Sistem MyGEMS merangkumi sembilan kluster utama meliputi geologi asas, bencana geologi, sumber mineral, air bawah tanah, warisan geologi, lombong dan kuari, geofizik serta geologi marin.

Related Posts

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal