Dua maut, enam cedera dalam kemalangan di Bukit Sabal Tapang

SERIAN – Dua mangsa maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah Toyota Avanza di Bukit Sabal Tapang, Jalan Serian-Sri Aman, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.37 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan digerakkan ke lokasi dengan bantuan BBP Serian.

“Setibanya pasukan operasi di lokasi kira-kira jam 10.32 pagi, didapati terdapat lapan mangsa termasuk seorang bayi dalam kenderaan berkenaan. Dua penumpang ditemukan tidak sedarkan diri di dalam parit berhampiran dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Serian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, enam lagi mangsa terdiri daripada tiga lelaki, dua wanita dan seorang bayi lelaki mengalami kecederaan tetapi masih sedar.

“Pasukan operasi menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit, manakala tiga mangsa lain sempat dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba,” ujarnya.

Kesemua mangsa cedera dihantar ke Hospital Serian untuk rawatan manakala mayat dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal