Wan Rosdy lancar Beras Pahang

KUANTAN – Pahang mencipta sejarah menjadi negeri pertama memperkenalkan produk beras prebiotik menggunakan jenama Beras Pahang yang akan berada di pasaran bulan depan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pengenalan produk itu membuktikan kerajaan negeri serius dalam mengangkat industri padi dan beras ke tahap lebih tinggi dengan pendekatan inovasi serta teknologi.

“Beras Pahang ini bukan sekadar beras biasa, ia beras prebiotik dengan kadar gula kosong dan sesuai buat mereka yang menghidap penyakit diabetes serta pertama dihasilkan di negara ini.

“Benih pun lain dari biasa dan kita ingin promosikan beras ini ada keistimewaan tertentu berbanding beras Kedah, Selangor dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas pelancaran Beras Pahang dan Pahang Best sempena Mini Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) Pahang 2025 di Dataran Temerloh, dekat Temerloh, hari ini.

Sempena Mini MAHA itu, pengunjung berpeluang mendapatkan Beras Pahang dengan harga RM10 sekilogram.

Hadir sama dalam majlis itu Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Mahfuz Omar.

Wan Rosdy menjelaskan, keutamaan pasaran beras itu adalah untuk rakyat Pahang dan akan dijual ke negeri-negeri lain bergantung kepada pengeluaran dan sambutan orang ramai.

Related Posts

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

JERANTUT – Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran di media sosial Facebook yang mengandungi komen berbaur provokasi kaum dan penghinaan terhadap agama Islam serta orang Melayu. Pemangku Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

IPOH – Perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Utara mengalami gangguan serta kelewatan melebihi satu jam susulan kejadian kecurian kira-kira 100 meter kabel yang menjejaskan sistem semboyan di kilometer…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid