Kabong buat persiapan sambutan Maulidur Rasul bertema Sarawak Maju Makmur

KABONG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul Peringkat DUN Kabong 1447H/2025M yang diadakan di Bilik Mesyuarat ADUN Kabong pada Khamis malam.

Program bersempena sambutan Maulidur Rasul itu dijadualkan bakal berlangsung pada 5 September ini dengan pelbagai acara menarik dirancang bagi memeriahkan suasana.

Mesyuarat yang bermula pada 8.30 malam itu membincangkan pelbagai persiapan bagi memastikan sambutan kali ini berlangsung dengan lebih meriah dan teratur.

Menurut Mohd Chee, sambutan tahun ini akan mengetengahkan pelbagai pengisian menarik termasuk pertandingan sepanduk yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu masjid/surau, jabatan/persatuan, dan kampung.

“Seperti lazimnya, Masjid Assabirin Kabong akan menjadi lokasi utama penganjuran aktiviti seperti Pertandingan Azan bagi kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, selain acara Zikir Maulud,” katanya.

Acara perarakan akan bermula di Kabong Town Square dan berakhir di Pusat Penjaja Kabong, dengan tema sambutan peringkat negeri Sarawak tahun ini, ‘Sarawak Maju Makmur’, yang melambangkan aspirasi kemajuan dan kemakmuran rakyat berbilang kaum.

Difahamkan borang penyertaan bagi semua pertandingan akan diedarkan dalam masa terdekat.

Turut hadir Pegawai Daerah Kabong Tahir Sharee; Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong, Kaunselor Ulin Tabur; wakil jabatan kerajaan; pengerusi masjid dan surau; serta ketua-ketua masyarakat setempat.

Related Posts

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

GEORGE TOWN – Pulau Pinang kembali dilanda jerebu apabila tiga daripada empat stesen pemantauan kualiti udara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, pagi ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bot pancing putus hubungan akibat jerebu

KUALA KURAU – Kebimbangan terhadap keselamatan seorang pemancing yang dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan pulang ke Jeti Kuala Gula, malam Rabu, berakhir dengan kelegaan apabila mangsa ditemui selamat selepas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

Bot pancing putus hubungan akibat jerebu

Bot pancing putus hubungan akibat jerebu

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak diharap kekal, meningkat

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak diharap kekal, meningkat

Pan Borneo: Teguran audit perlu tindakan segera, elak kelemahan berulang

Pan Borneo: Teguran audit perlu tindakan segera, elak kelemahan berulang

Jerebu membimbangkan, Anwar hubungi Prabowo ambil langkah segera

Jerebu membimbangkan, Anwar hubungi Prabowo ambil langkah segera