Henti permainan persepsi demi kestabilan negeri

KUANTAN – Semua pihak perlu menolak permainan persepsi, fitnah dan tohmahan yang sengaja ditiupkan untuk memecahbelahkan rakyat.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara itu tidak hanya menghakis kepercayaan, malah akan menyebabkan rakyat tidak bersatu dan menggugat kestabilan negeri serta negara.

Sebagai contoh, katanya, permainan persepsi ditimbulkan baru-baru ini kononnya pentadbiran negeri ini perlu dikembalikan kepada orang Melayu dan Islam.

“Permainan persepsi ini cukup bahaya kerana ia bukan sahaja menghakis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan, tetapi juga meniup sentimen agama dan perkauman yang akan menjurus kepada perpecahan perpaduan rakyat yang kita pertahankan sekian lama.

“Oleh itu, elakkanlah perpecahan yang akan merugikan rakyat dan jangan biarkan perbezaan pandangan memutuskan silaturahim, apatah lagi mencetuskan permusuhan,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian pada sesi penangguhan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Sebelum itu, Wan Rosdy berkata, bulan Ogos adalah bulan penuh makna apabila seluruh rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan dengan Jalur Gemilang berkibar megah di setiap penjuru.

Ujarnya, tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ adalah satu seruan yang mengingatkan semua pihak bahawa kekuatan sesebuah negara bukan hanya terletak pada kemajuan ekonominya, tetapi juga pada kasih sayang, rasa hormat, dan kepedulian terhadap rakyatnya.

“Semangat kebangsaan ini menuntut kita untuk terus mempertahankan keharmonian kaum yang telah kita bina selama ini.

“Hubungan erat antara masyarakat berbilang bangsa dan agama merupakan aset yang tidak ternilai harganya dan ia bukan sekadar simbol kemerdekaan, tetapi lambang keamanan serta kesejahteraan negara,” katanya.

Related Posts

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

KUANTAN – Sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan Kerajaan Pahang bagi memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam