PRN Sabah: Chan sahkan tidak bertanding DUN Sri Tanjong

TAWAU – Penolong Pengarah Dasar Parti Tindakan Demokratik (DAP) merangkap Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin mengesahkan beliau tidak akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjong pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Chan yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, keutamaannya kini adalah menumpukan sepenuhnya kepada tugas di peringkat pusat dan memberi peluang kepada generasi muda dalam parti untuk mengetengahkan kepimpinan baharu.

Beliau berkata, DAP sentiasa mempunyai generasi pelapis serta pasukan baharu dan di Tawau, beliau melihat ramai muka baharu (calon) yang berpotensi, segak dan bersedia untuk ditonjolkan.

“Saya sendiri sudah dianggap generasi veteran di Sabah, jadi tidak wajar untuk saya mengambil terlalu banyak kerusi. Adalah lebih adil jika kita beri peluang kepada generasi muda untuk memikul tanggungjawab itu.

“Saya yakin dengan kemampuan, kebolehan dan peluang yang ada pada generasi muda ini untuk membawa parti ke hadapan,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Libat Urus : Galakan Tanaman Koko Sektor Perladangan Wilayah Sabah di Hotel Emas, pada Selasa.

Mengenai jumlah kerusi ditandingi, Chan sebagai Timbalan Pengerusi DAP Sabah juga tegas bahawa partinya mahu mempertahankan enam kerusi sedia ada yang dimiliki parti itu termasuk dua kerusi yang beralih kepada WARISAN pada PRN lalu di samping menyasarkan penambahan dua lagi kerusi baharu.

“Kita memang nak ambil balik (kerusi) kerana kita percaya masa kita menang itu walaupun kita pakai bendera dia orang (WARISAN), tapi yang orang undi tu undi Pakatan Harapan dan juga DAP.

“Jika kita lihat perkembangan baharu, kita juga yakin kalau kita dapat kerusi lebih, sekurangnya kita boleh menang lapan kerusi,” ujarnya.

Related Posts

Pas tak perlu sapu semua kerusi di SG4, beri ruang kepada UMNO

KUALA LUMPUR – Pas wajar menyerahkan satu pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di empat negeri yang ditadbirnya kepada UMNO sekiranya kedua-dua parti itu serius mahu meneruskan kerjasama politik pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahfuz gesa Pas berhenti salahkan DAP, jangan heret Trump dalam krisis Negeri Sembilan

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menggesa Pas supaya tidak terus menyalahkan DAP berhubung krisis pentadbiran di Negeri Sembilan, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan kemelut berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak