Naik taraf lapangan terbang, potensi baik tingkatkan pelancongan Tawau jika sertai STIZ – Ghazalie

TAWAU – Ketua Bahagian UMNO Tawau, Ghazalie Ansing menyambut baik projek menaik taraf  Lapangan Terbang Tawau dengan kos RM120.9 juta baru-baru ini.

Jelasnya, naik taraf ini merupakan langkah strategik yang mampu memperkukuh kapasiti pengangkutan udara.

“Ia turut membuka lebih banyak laluan penerbangan domestik dan antarabangsa, serta merangsang pertumbuhan ekonomi di pantai timur Sabah secara mampan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Namun begitu, beliau berkata langkah tersebut perlu disusuli yang dapat menggandakan lagi impak ekonomi daripada pemodenan lapangan terbang tersebut.

“Saya memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memasukkan Sabah khususnya daerah Tawau dalam senarai Zon Khas Pelaburan Pelancongan (STIZ) di bawah Rancangan Malaysia Ke 13 (RMK13) iaitu STIZ dibangunkan di empat kawasan khas cipta produk pelancongan baharu,” katanya.

Tambah beliau, buat masa ini, STIZ hanya dirancang di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak sebagai pemangkin penciptaan produk pelancongan baharu negara.

“Adalah penting agar Tawau turut mendapat tempat dalam inisiatif ini dan tidak terus tercicir daripada arus pembangunan strategik nasional.

“Sekiranya STIZ turut dibangunkan di Tawau, ia bukan sahaja akan membuka peluang inovasi produk pelancongan, malah meningkatkan peluang pekerjaan serta memperluas rantaian ekonomi tempatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ghazalie percaya bahawa gabungan infrastruktur moden, strategi promosi bersepadu dan penyertaan Tawau dalam inisiatif STIZ di bawah RMK13 akan menjadi pemangkin pertumbuhan baharu yang memberi pulangan langsung kepada rakyat.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung