HDOK Sandakan bakal miliki blok baharu, kapasiti cecah 594 katil

SANDAKAN – Kementerian Kesihatan (KKM) komited memperkukuh kemudahan dan perkhidmatan di Hospital Duchess of Kent (HDOK) termasuk membina blok baharu berkapasiti 594 katil sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan di Sabah.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerja awalan bagi pembinaan blok baharu itu sedang dijalankan dan akan dilengkapi pelbagai bidang kepakaran serta sub-kepakaran bagi meningkatkan keupayaan rawatan di hospital berkenaan.

“Saya perhatikan semangat warga kerja HDOK sangat tinggi.

“Pembinaan blok baharu ini akan menjadikan HDOK sebagai hospital rujukan penting di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas Lawatan Kerja Rasmi Menteri Kesihatan ke Sabah, di HDOK Sandakan di sini, pada Selasa.

Menurutnya, KKM turut menekankan strategi mengurangkan kesesakan di hospital melalui pemindahan sebahagian perkhidmatan seperti prosedur pembedahan kecil atau ‘lumps and bumps’ ke Klinik Kesihatan selain menempatkan pakar di fasiliti tersebut.

Jelas Dzulkefly, langkah itu akan memperkukuh peranan perkhidmatan kesihatan primer termasuk Klinik Kesihatan, Klinik Komuniti dan Klinik Desa yang akan dinaik taraf kepada kategori lebih tinggi seperti Klinik Kesihatan jenis 2 dan jenis 3 dengan kemudahan tambahan seperti pusat X-ray.

Dzulkefly berkata, KKM juga dalam perancangan menggabungkan beberapa fasiliti kesihatan melalui proses konsolidasi dan penstrukturan semula bagi memastikan sumber manusia digunakan secara optimum.

Mengulas cadangan membina hospital baharu di Libaran seperti disaran Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Suhaimi Nasir, beliau berkata fokus KKM ketika ini adalah memperkukuh hospital sedia ada dan membangunkan perkhidmatan kepakaran secara bersepadu.

“Kita tidak mahu membina hospital-hospital kecil tanpa kepakaran lengkap kerana ia memerlukan sumber manusia tambahan.

“Sebaliknya, kita mahu memperkukuh hospital besar seperti HDOK dan memindahkan pesakit yang tidak memerlukan rawatan pakar ke klinik-klinik kesihatan melalui konsep ‘step down care’,” ujarnya.

Related Posts

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Miri – Keselesaan penduduk Kampung Haji Wahed kini terjamin apabila projek pembangunan di bawah Program Kampung Angkat MADANI yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM1 juta di kawasan tersebut siap sepenuhnya. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

MIRI – Semangat perpaduan dan kelestarian budaya terus menjadi keutamaan dalam memacu Sarawak ke arah negeri maju apabila Sambutan Gawai Miri Ke-20 Tahun 2026 berlangsung meriah di Meritz Hotel pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI