Akta Kemajuan Petroleum 1974 terus berkuat kuasa – Azalina

AKTA Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) akan terus berkuat kuasa sebagaimana peruntukan undang-undang sedia ada, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurut beliau, di bawah Akta 144, Petronas diberikan pemunyaan terhadap petroleum serta hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif untuk mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama ada di kawasan pantai atau luar pesisir Malaysia.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di portal Dewan Rakyat, semalam, bagi menjawab pertanyaan Hassan Abdul Karim (PH–Pasir Gudang) mengenai langkah Kerajaan Persekutuan mempertahankan Akta 144 sebagai teras kedaulatan ekonomi negara dalam industri minyak dan gas, susulan tuntutan Kerajaan Sarawak dan Petros yang mempertikai kedudukan Petronas.

Azalina memaklumkan bahawa Petronas telah memeterai dua perjanjian utama untuk memperkukuh kerjasama dengan negeri-negeri pengeluar, iaitu Perjanjian Kolaborasi Komersial (CCA) dengan Kerajaan Sabah dan Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) dengan Kerajaan Sarawak.

“Kedua-dua perjanjian ini menggariskan kerangka kerjasama komersial antara Petronas dengan syarikat milik kerajaan negeri seperti SMJ Energy dan Sabah Energy Corporation di Sabah, serta Petros di Sarawak.

“Perbezaan struktur kerjasama dari segi pemilikan, pendapatan dan pengagihan keuntungan dipengaruhi oleh tahap penyertaan ekuiti syarikat-syarikat ini dalam projek sektor huluan dan hiliran, selain bentuk kerjasama strategik yang dibentuk,” katanya menjawab pertanyaan Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan–Kota Belud).

Walaupun pendekatan kerjasama Petronas dengan Sabah dan Sarawak berlandaskan prinsip keterangkuman dan perkongsian nilai bersama, jelasnya, pelaksanaan dan hasilnya mungkin berbeza bergantung pada landskap industri minyak dan gas di negeri masing-masing.

Menjawab soalan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (GRS–Keningau), Azalina berkata, Sabah telah diberikan ruang penyertaan yang lebih menyeluruh dalam rantaian nilai industri minyak dan gas, termasuk penglibatan aktif SMJ Energy melalui CCA yang dimeterai pada 7 Disember 2021.

“Hingga suku pertama 2025, sebanyak 326 syarikat berpangkalan di Sabah telah dilesen dan didaftarkan sebagai vendor Petronas.

“Lanjutan pemeteraian CCA pada 2021, nilai kontrak yang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat ini meningkat daripada RM613 juta kepada RM2 bilion setakat 2024, iaitu peningkatan sebanyak 3.3 kali ganda,” katanya.

Beliau menegaskan, Petronas kekal komited untuk memperkukuh penyertaan Sabah secara progresif dan berstruktur berdasarkan prinsip kebolehlaksanaan teknikal serta terma komersial yang mampan.

“Perkembangan menyeluruh ini mencerminkan peningkatan penyertaan dan manfaat komersial yang dinikmati Sabah dalam industri minyak dan gas negara, sejajar dengan kerangka kerjasama yang dipersetujui melalui CCA,” ujarnya.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET