PM cadang bina sekolah menegak di Residensi Aman MADANI

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar sebuah sekolah menegak dibina di kawasan Residensi Aman MADANI bagi memenuhi keperluan pendidikan penduduk setempat yang semakin meningkat.

Beliau berkata, cadangan tersebut dikemukakan susulan perbincangan bersama pihak pemaju, kementerian dan agensi berkaitan selepas majlis pecah tanah residensi tersebut di Bandar Sri Permaisuri pada 6 Ogos lalu.

“Walaupun terdapat sekolah rendah berhampiran, kapasiti yang terhad memerlukan pembangunan sekolah baharu bagi menampung pertambahan penduduk.

“Justeru, saya mencadangkan supaya sebuah sekolah menegak dibina dalam kawasan pembangunan, atau sebuah sekolah baharu didirikan berhadapan residensi yang dihubungkan dengan jejantas,” kata beliau menerusi satu hantaran di laman Facebook, pada Isnin.

Dalam pada itu, Anwar berkata, sekolah berkenaan akan dibuka kepada semua penduduk sekitar kawasan tersebut dan bakal dilengkapi pelbagai kemudahan selaras dengan kerangka Malaysia MADANI, termasuk kemudahan tadika, surau, klinik dan pusat keselamatan.

“Pastinya semua prasarana lengkap ini diwujudkan demi keselesaan rakyat,” ujar beliau.

Pada 18 Februari lalu, media melaporkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang membangunkan sekolah menegak yang terdiri daripada dua blok bangunan dengan kapasiti antara 10 hingga 17 tingkat di kawasan pusat bandar, bagi menangani isu keterbatasan tanah serta kepadatan penduduk yang semakin meningkat.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Julai lalu dilaporkan telah memuktamadkan Panduan Perancangan Pembangunan Sekolah Secara Menegak.

Panduan tersebut dirangka berdasarkan beberapa prinsip reka bentuk asas, termasuk aspek pengawasan dan keselamatan murid.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan