Malaysia kukuhkan peranan diplomatik ASEAN–China, terajui rundingan keamanan Laut China Selatan

KUCHING – Malaysia mengorak langkah penting dalam usaha memperkukuh keamanan serantau apabila menjadi tuan rumah Mesyuarat Ke-48 Kumpulan Kerja Bersama ASEAN–China mengenai Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak di Laut China Selatan (JWG-DOC) dan Mesyuarat Ke-24 Pegawai Kanan ASEAN–China (SOM-DOC) dari 11 hingga 14 Ogos ini.

Mesyuarat yang berlangsung di Kuching, Sarawak itu akan membincangkan pelaksanaan Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea (DOC) yang dimeterai pada 4 November 2002, di samping memperkukuh rundingan ke arah memuktamadkan Kod Tatalaku (COC) yang lebih berkesan dan menyeluruh.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dan Negara Penyelaras Hubungan Dialog ASEAN–China bagi tempoh Ogos 2024 hingga Julai 2027, Malaysia memainkan peranan utama sebagai Pengerusi Bersama dengan China dalam mengemudi perbincangan dan memastikan semua pihak melaksanakan DOC secara efektif.

“Malaysia beriltizam memastikan COC yang bakal dimuktamadkan kelak mampu menangani isu-isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif, sambil mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara,” menurut kenyataan rasmi.

Bagi tahun 2025, rundingan COC telah dan akan diadakan di lima lokasi iaitu Jakarta, Indonesia (Februari), Manila, Filipina (April), Kuching, Sarawak (Ogos), Singapura (September) dan China (November). Kali terakhir Malaysia menganjurkan mesyuarat ini adalah pada 2019.

Penganjuran kali ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memelihara keamanan, kestabilan, dan menyelesaikan pertikaian secara aman di Laut China Selatan, selain memperkukuh keyakinan serta kerjasama erat dalam kerangka ASEAN–China.

FOTO: Wisma Putra

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan