Tiga beranak ditahan bantu siasatan kes edar ganja

KOTA BHARU – Polis Kelantan berjaya menumpaskan sindiket pengedaran ganja yang aktif sejak 2023 selepas menahan dua beradik tiri di Kampung But, dekat Ketereh, Selasa lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu, polis turut menahan seorang wanita yang juga ibu kepada suspek lelaki berusia 23 tahun.

Seorang lagi suspek lelaki berusia 34 tahun yang ditahan dalam operasi khas itu adalah anak tiri kepada wanita terbabit.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, hasil pemeriksaan di dalam rumah terbabit menemui 35 kilogram ganja bernilai RM299,590.

“Kami juga merampas sepucuk pistol serta 16 butir peluru yang dianggarkan bernilai RM5,000 hasil pemeriksaan di kediaman itu.

“Kenderaan jenis BMW dan Mercedes-Benz, sebuah Perodua Bezza serta kenderaan pelbagai guna jenis Naza Ria – dipercayai milik suspek – disita bagi tujuan siasatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, hari ini.

Mohd Yusoff berkata, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM420,000 dan hasil ujian air kencing dijalankan terhadap dua suspek lelaki mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin.

Beliau menambah, modus operandi sindiket ini adalah menggunakan rumah sebagai tempat menyimpan dadah sebelum diedarkan kepada pelanggan menggunakan perkhidmatan kurier.

“Semua suspek direman selama tujuh hari bermula Rabu hingga Selasa ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok