Pahang raih enam anugerah industri pelancongan

KUANTAN – Pahang membolot enam anugerah termasuk Anugerah Utama Kadar Purata Penginapan Tertinggi Terbaik di Malaysia pada Malam Anugerah Industri Pelancongan 2025 di Sunway, Selangor, malam tadi.

Tourism Pahang dalam kenyataannya berkata, lima anugerah lain turut diberikan termasuk kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) iaitu Anugerah Inisiatif Pembangunan Pelancongan Terbaik dan Anugerah Destinasi Rekreasi Terbaik, manakala Bilut Hills Eco Resort Pahang menerima Anugerah Resort Inovasi dan Kreatif Terbaik.

Menurut kenyataan itu, Anugerah Destinasi Percutian Keluarga Terbaik dan Anugerah Destinasi Membeli-Belah Bersepadu Gaya Hidup Terbaik pula diberikan kepada Resort World Genting.

“Pada majlis itu, Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim hadir mewakili Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man untuk menerima Anugerah Kadar Purata Penginapan Tertinggi Terbaik di Malaysia,” ujarnya.

Kenyataan Tourism Pahang itu turut menyebut, pengiktirafan dianugerahkan kepada Pahang menjadi titik tolak kepada para penggiat industri pelancongan lebih komited dalam memperkasa industri pelancongan negeri.

“Usaha itu bagi meletakkan industri pelancongan negeri ini kekal unggul dan berkembang maju di persada antarabangsa,” katanya.

Related Posts

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA