Khidmat pro bono, tiada bayaran yuran guaman kes Zara – Peguam

KOTA KINABALU – Tiada sebarang bayaran guaman dikenakan bagi kes Allayarham Zara Qairina Mahathir, 13, berikutan kes berkenaan adalah bersifat pro bono.

Demikian dinyatakan peguam keluarga Zara, Hamid Ismail bagi mengulas komen seorang pengguna akaun di TikTok yang menyatakan mahu menyumbang untuk kes keluarga Zara.

“Kami tidak meminta sebarang sumbangan kerana kes ini pro bono.

“Jadi tiada yang membuka tabung bayaran guaman, jika ada itu semua maklumat palsu,” katanya kepada media di Kota Kinabalu.

Dalam perkembangan sama, difahamkan jenazah Zara kini dalam proses bedah siasat sejak pukul 12.30 tengah hari tadi dengan pemantauan rapi bagi memastikan ketelusan dan ketepatan hasil siasatan.

Hamid berkata, proses bedah siasat akan mengambil masa beberapa jam itu dilakukan dua doktor pakar forensik dibantu dua doktor perubatan selain disaksikan wakil keluarga dan jurugambar polis.

“Sebelum ini, dua kali imbasan CT scan seluruh badan dilakukan iaitu kali pertama sebelum jenazah dikebumikan dan kali kedua semalam.

“Laporan CT Scan dan keputusan bedah siasat akan dimaklumkan kepada keluarga dan dibawa ke pakar forensik di Semenanjung untuk pastikan siasatan telus.

“Jika keputusan bedah siasat ada unsur jenayah, laporan akan dijalankan lebih teliti dan telus serta bertulis” ujarnya.

Menurut Hamid, jenazah Zara akan dikebumikan semula di Sipitang sebaik proses bedah siasat selesai.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit