Anwar jamin siasatan telus kes Zara Qairina

KOTA BHARU – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan terhadap kes Zara Qairina Mahathir dijalankan secara telus tanpa ada tolak ansur.

Perdana Menteri berkata, kes itu tidak boleh dipandang ringan, namun memohon orang ramai tidak menjadikannya sebagai bahan politik sekali gus membuat sebarang spekulasi yang mungkin mengundang fitnah.

Beliau berkata, meskipun ada mengaitkan kematian remaja perempuan berusia 13 tahun itu dengan orang kenamaan, siasatan tetap dijalankan secara telus.

“Kita tak pandang ringan dan arahan kita jelas, tiada tolak ansur. Macam-macam orang bercerita, kata anak TYT lah, menteri lah, itu semua cerita, saya tak peduli, tapi jangan fitnah.

“Pepatah Melayu kata jangan bina istana di atas pusara orang. Ini soal kematian, tak kiralah anak orang miskin atau kaya, bukan mainan. Kalau keluarga saya terbabit pun, sudah tentu ingin tahu puncanya.

“Saya sudah arahkan Ketua Siasatan Jenayah di Kuala Lumpur (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M Kumar) pantau sendiri supaya tak timbul masalah, ini Kerajaan MADANI, tak ada nak lindung sesiapa yang bersalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Rancakkan MADANI Kelantan di Dewan Utama Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan pihak berkuasa menggali semula kubur Allahyarham yang dikebumikan selepas didakwa terjatuh dari bangunan asrama.

Menurut AGC, tindakan itu antara beberapa arahan dikeluarkan pihaknya untuk siasatan secara menyeluruh dilakukan bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah itu.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hanis Alimin, Mohamad Qayyum sepakat berpolitik secara sihat di DUN Senaling

Hanis Alimin, Mohamad Qayyum sepakat berpolitik secara sihat di DUN Senaling

Status ratusan Rohingya disemak selepas dipindah ke IPK Kuala Lumpur

Status ratusan Rohingya disemak selepas dipindah ke IPK Kuala Lumpur

Kerjasama Pas berubah ikut percaturan politik, dakwa Dr Marzuki

Kerjasama Pas berubah ikut percaturan politik, dakwa Dr Marzuki

SARA di pasar tamu, pasar tani melalui QR dikaji untuk Belanjawan 2027

SARA di pasar tamu, pasar tani melalui QR dikaji untuk Belanjawan 2027

Hasrat penduduk kampung miliki masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup