Parti Bumi Kenyalang lebar sayap ke Sabah, bawa harapan perjuangan hak rakyat Borneo

KOTA KINABALU – Kedatangan Parti Bumi Kenyalang (PBK) ke Sabah memberi nafas baharu dalam usaha memperjuangkan hak-hak rakyat Borneo, termasuk isu berkaitan sumber asli dan autonomi negeri, kata Presidennya, Voon Lee Shan.

Beliau berkata, kehadiran parti itu ke Sabah bukanlah secara tiba-tiba, tetapi didorong oleh perbincangan dan rayuan rakyat Sabah yang ditemuinya sejak lebih satu dekad lalu.

“Ketika saya mula memimpin parti ini pada tahun 2010, ada rakyat Sabah datang berjumpa saya dan berbincang tentang isu-isu di negeri ini.

“Kini, setelah PBK semakin kukuh dan stabil, kami hadir untuk menunaikan hasrat mereka,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Perasmian Parti Bumi Kenyalang Sabah, di sini, pada Jumaat.

Menurut Voon, perkataan ‘Kenyalang’ dalam nama parti itu tidak merujuk kepada Sarawak semata-mata, tetapi mewakili seluruh rakyat Borneo termasuk Sabah.

“Kami menghadapi masalah yang sama iaitu kerajaan Persekutuan tidak memberikan hak penuh kepada kami untuk menguruskan negeri sendiri,” katanya.

Beliau turut menekankan isu utama yang sering dibangkitkan oleh PBK, termasuk pengambilan hasil minyak dan gas, wilayah laut serta sumber laut oleh Kerajaan Persekutuan yang kini diuruskan oleh Petronas.

“Kami hanya diberikan lima peratus royalti. Kami tidak mahu keadaan ini berterusan,” tegasnya.

Mengulas pendekatan politik PBK, Voon menegaskan bahawa parti itu adalah sebuah parti nasionalis tempatan dan bukan berasaskan kaum.

“Kami bukan parti komuniti Cina. Ini adalah parti Sabah. Kami bercakap tentang ‘Sabah untuk orang Sabah’.

“Kita tidak ambil calon sewenang-wenangnya. Kita akan pastikan mereka benar-benar berminat dan komited dengan perjuangan ini,” katanya lagi.

Menurut beliau, PBK terbuka untuk bergabung dengan parti politik lain di Sabah, namun tetap bersedia untuk berdiri sendiri sekiranya tiada kerjasama terjalin.

Related Posts

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

KOTA KINABALU – Polis Sabah mendedahkan kewujudan modus operandi baharu penyalahgunaan dadah apabila sindiket dikesan memproses bahan terlarang dalam bentuk cecair untuk digunakan menerusi vape. Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KUANTAN – Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad keluar PKR dan mengetuai Parti Bersama Malaysia (Bersama) menunjukkan kedua bekas pemimpin parti itu masih merajuk. Ketua Cabang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti