Wanita maut terbakar dekat pusat beli-belah di Klebang

IPOH – Seorang wanita berusia lingkungan 40-an maut dalam keadaan tragik selepas dipercayai membakar diri sendiri menggunakan minyak tanah berhampiran sebuah pusat beli-belah di Klebang, di sini, malam Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 11.26 malam yang memaklumkan tentang insiden seorang wanita dipercayai membakar diri di kawasan berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh menemui seorang wanita dalam keadaan melecur hampir 80 peratus pada seluruh badan.

“Pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Sayani, anggota bomba kemudian menjalankan kerja-kerja pemadaman sisa kebakaran sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 12.10 tengah malam dan ditamatkan 13 minit kemudian.

Related Posts

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal pentadbiran baharu selepas mendapat perkenan Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan RM9.62 juta bagi melaksanakan pelbagai projek naik taraf di Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak yang bakal memberi manfaat kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

‘Terima kasih, Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

‘Terima kasih, Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

Terima keputusan PRN dengan hati terbuka, Elia Nadira tekad terus berbakti kepada rakyat Tenang

Terima keputusan PRN dengan hati terbuka, Elia Nadira tekad terus berbakti kepada rakyat Tenang

Onn Hafiz angkat sumpah Menteri Besar Johor penggal kedua petang ini

Onn Hafiz angkat sumpah Menteri Besar Johor penggal kedua petang ini

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran