Pendedahan awam laporan penuh isu NAFAS tertakluk kepada nasihat undang-undang

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI akan mendapatkan rujukan daripada penasihat undang-undang terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada laporan penuh siasatan, termasuk minit mesyuarat berkaitan penggantungan Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) boleh didedahkan kepada umum.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, menegaskan bahawa perkara itu masih di peringkat yang tidak sesuai untuk pendedahan awam kerana ia tertakluk kepada semakan perundangan dan proses siasatan yang sedang berjalan.

“Sama ada nak didedahkan kepada orang awam atau tidak, itu bergantung kepada perbincangan dari semasa ke semasa dan juga kena rujuk pihak mengendalikan urusan perundangan dan sebagainya.

“Perkara ini di peringkat yang tak boleh didedahkan kerana ia dalam siasatan dan sebagainya. Jadi masa akan menentukan dan pandangan Ahli Parlimen Gerik diambil perhatian kerana ia adalah hak awam.

“Kebanyakan orang kampung juga duduk dalam anggota NAFAS. Untuk itu, kami ambil perhatian penuh sama ada boleh atau tidak didedahkan kepada awam.

“Namun begitu, ia bergantung kepada penasihat undang-undang. Kita akan rujuk (penasihat undang-undang terlebih dahulu),” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen (PN) Gerik, Fathul Huzir Ayob yang menggesa adakah KPKM bersedia untuk mendedahkan laporan penuh siasatan, minit mesyuarat dan asas penggantungan Perlembagaan NAFAS kepada rakyat, termasuk juga kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Mengenai kemungkinan pendedahan kepada PAC, Mohamad berkata, pihaknya tiada masalah untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau berkata ia bergantung kepada PAC sama ada akan memanggil pihak kementerian termasuk dirinya sendiri dalam prosiding ditetapkan.

“Saya ingat dalam PAC tidak ada masalah kerana PAC boleh memanggil mana-mana jabatan kerajaan termasuk menteri sendiri untuk memberi penerangan,” katanya

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar