MITI perkasa kerjasama perkukuh daya tahan industri perkayuan

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan memperkasa  kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan dalam usaha memperkukuh daya tahan industri perkayuan di Malaysia.

Timbalan menterinya, Liew Chin Tong berkata, kerajasama itu turut dilakukan bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), dan Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC).

Menurut beliau, inisiatif terbaharu terbabit disifatkan sebagai usaha proaktif untuk membantu pengusaha perkayuan dalam meningkatkan akses ke pasaran baharu yang sekaligus mampu memperkasa sektor ini di peringkat global.

“Selain itu MITI dan KPK turut mengusulkan kepada kerajaan agar tempoh penggajian pekerja asing yang berkemahiran tinggi dalam industri perkayuan dilanjutkan daripada 12 tahun kepada tempoh yang lebih panjang.

“Langkah ini bertujuan untuk memastikan mereka yang telah mempunyai kemahiran yang diperlukan dapat terus menyumbang kepada kemajuan industri perkayuan negara,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, kerajaan juga ketika ini mengambil pendekatan berbeza dengan tidak lagi menyokong pengambilan pekerja asing tanpa kemahiran secara besar-besaran.

“Ia berikutan kebimbangan bahawa pengambilan pekerja asing tanpa kemahiran dapat menghalang penggunaan teknologi canggih seperti automasi serta membantutkan peningkatan produktiviti dan kenaikan gaji pekerja Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) turut bercadang untuk tidak menggalakkan pelaburan asing yang berintensif buruh terutamanya dalam sektor perabot negara.

Menurut Chin Tong, semua pejabat MIDA di luar negara akan dimaklumkan bahawa sektor perabot Malaysia kini sudah mencapai tahap terkemuka di persada dunia dan tidak lagi memerlukan pelaburan asing.

“MITI turut memberi komitmen untuk menyokong usaha automasi dalam industri perabot dengan harapan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor ini di pasaran global.

“Dengan langkah-langkah itu, kerajaan berharap industri perkayuan dan perabot Malaysia akan terus berkembang pesat, memacu inovasi serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan yang berkemahiran tinggi untuk rakyat tempatan,” katanya.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

PUTRAJAYA – Bekalan bahan api Malaysia dijamin mencukupi sehingga akhir tahun ini meskipun paras bekalan global berada pada tahap rendah, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Nurhisham Hussein. Nurhisham yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit