Peguam keluarga Zara Qairina mohon siasatan semula, dakwa wujud kelemahan dalam laporan awal

KOTA KINABALU – Barisan peguam mewakili ibu kepada arwah Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat memohon agar siasatan terhadap kes kematian pelajar tersebut disemak semula dan dikendalikan oleh pegawai penyiasat berpengalaman dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Dalam kenyataan bersama pada Selasa, peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri mendakwa beberapa kelemahan dikenal pasti dalam laporan siasatan awal yang telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

Menurut mereka, antara perkara utama yang dibangkitkan ialah tiada proses bedah siasat dijalankan ke atas jenazah Zara sebelum dikebumikan, selain ketiadaan pengambilan pakaian dan barang peribadi mendiang untuk siasatan forensik.

“Keterangan anak guam kami berkenaan kesan lebam di belakang badan Zara hanya diambil pada petang 3 Ogos dan 4 Ogos 2025 di Balai Polis Sipitang,” katanya.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa siasatan dijalankan dalam tempoh masa yang singkat, iaitu laporan dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara pada 4 Ogos, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap ruang penyiasatan yang mencukupi.

Dalam perkembangan berkaitan, para peguam turut menyuarakan kebimbangan terhadap penularan dakwaan berkaitan motif kematian Zara yang dikaitkan dengan tekanan emosi di media sosial, dipercayai berpunca daripada kandungan bahan siasatan yang belum diumumkan secara rasmi.

“Jika kertas yang dikatakan ‘diari’ itu sebahagian daripada barangan milik Zara yang diambil dari lokernya selepas kematian, maka pendedahan ini mungkin menjejaskan integriti siasatan,” kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, satu surat permohonan rasmi telah dihantar kepada Peguam Negara pagi ini bagi memohon siasatan semula oleh pegawai penyiasat berpengalaman serta pelaksanaan inkues di bawah Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Pihak keluarga turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis dan telah menyerahkan semua pakaian dan barangan peribadi Zara kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

“Anak guam kami tidak mengharapkan kemenangan dalam siasatan ini. Beliau hanya menuntut keadilan untuk anaknya,” kata kenyataan itu.

Related Posts

Lawatan rasmi luar negara ikut keperluan strategik, tidak jejas langkah penjimatan – MoF

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan langkah penjimatan perbelanjaan yang sedang dilaksanakan tidak bermaksud menghentikan semua perjalanan rasmi ke luar negara, sebaliknya hanya mengehadkan lawatan kepada urusan yang benar-benar penting serta memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas mahu jadi abang besar kuasai pengaruh, logo PN

PAS mungkin satu-satunya parti politik di negara ini yang gemar mengulangi episod drama bersiri di mana peristiwa lampau menempatkan Pas sebagai parti yang lahir pada 24 November 1951 hasil tantangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PGA serbu lombong bauksit haram, tahan 9 lelaki dan jentera

PGA serbu lombong bauksit haram, tahan 9 lelaki dan jentera

Pemimpin masyarakat, penjawat awam diseru hayati semangat hijrah dalam kehidupan harian

Pemimpin masyarakat, penjawat awam diseru hayati semangat hijrah dalam kehidupan harian

Serbuan dua kilang di Klang, 270 warga asing ditahan atas kesalahan imigresen

Serbuan dua kilang di Klang, 270 warga asing ditahan atas kesalahan imigresen

Dua nelayan dilapor hilang ditemukan lemas selepas bot karam

Dua nelayan dilapor hilang ditemukan lemas selepas bot karam

Inkues Zara: Tiada bukti konklusif catatan ditulis pihak lain – Pakar

Inkues Zara: Tiada bukti konklusif catatan ditulis pihak lain – Pakar

KPDN Sabah peroleh sabitan kedua syarikat pembinaan ingkar Award TTPM

KPDN Sabah peroleh sabitan kedua syarikat pembinaan ingkar Award TTPM