Avokado buka peluang ekonomi baharu anak muda Sabah

KOTA MARUDU – Tanaman avokado berupaya sebagai sumber pendapatan baharu kepada anak muda di Sabah sekiranya ia diusahakan secara sistematik dan mengikut kaedah pertanian moden yang betul.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak berkata, usaha sekumpulan anak muda di kawasan Pensiangan dan Keningau yang mula mengusahakan tanaman avokado adalah satu permulaan positif dalam memperkenalkan hasil pertanian berpotensi tinggi di Sabah.

“Avokado ini bukan sahaja buah yang dapat memberi zat yang baik tetapi dari segi penggunaannya dalam resipi-resipi terutama di restoran-restoran yang menghasilkan makanan yang bernilai tinggi.

“Avokado ini sangat bernilai produk dan saya rasa boleh memberi sumber pendapatan yang baharu kepada anak muda,” katanya dalam sidang media semasa lawatan rasminya di Ladang Jagung Bijian, Kampung Masalog, di sini pada Isnin.  

Jelasnya, Sabah memiliki potensi yang amat besar untuk muncul sebagai pengeluar avokado sekiranya usaha pengeluarannya dilaksanakan secara bersepadu dan terancang.

“Dengan harapan mereka dapat menggunakan sistem penanaman yang modern, baik, teratur supaya konsistensi dari segi kualiti buah, saiz, warna dan juga rasanya dapat diteruskan.

“Saya yakin kita juga boleh eksport avokado kita ke luar negara,” ujarnya.

Isham turut menyarankan agar lebih ramai anak muda menceburkan diri dalam bidang penanaman avokado dengan memanfaatkan sistem sokongan sedia ada yang ditawarkan kerajaan.

Justeru, beliau menggalakkan mana-mana individu yang berminat untuk terlibat dalam tanaman avokado agar segera berhubung dengan Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) atau Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) berhampiran bagi mendapatkan panduan dan sokongan yang diperlukan.

“Kita ada pelbagai agensi yang dapat membantu contohnya LPP, PPK yang mempunyai rantaian di mana sokongan itu ada dari segi mekanisma sokongan teknikal, sokongan dari segi promosi dan bahan-bahan baja serta insentif kerajaan lain seperti geran.

“Beritahu mereka bahawa anda berminat berminat nak tanam avokado. 

“Saya rasa dalam masa lima minit pelbagai input akan diterima dan saya yakin dengan sokongan yang kita ada sebab terbuktilah kita pernah, menghasilkan pelbagai jenis tanaman melalui sistem yang kita ada,” tambahnya.

Related Posts

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU – Program Pencarian Bakat Belia MADANI Sabah (BABSAR) 2026 menjadi platform penting untuk mencungkil dan menggilap bakat seni generasi muda di Borneo. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

DARO – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Daro menyantuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi 2026 dengan kerjasama 16 institusi bagi memperkukuh kebajikan golongan memerlukan di daerah ini. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24