RMK13: Sektor pertanian dan keselamatan makanan perlu pelaksanaan tuntas, bertunjang petani kecil

PEMBENTANGAN Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) baru-baru ini jelas menunjukkan usaha Kerajaan MADANI dalam usaha menjamin keselamatan makanan negara, memperkasakan sektor agromakanan dan memodenkan bidang pertanian sebagai salah satu tonggak utama pembangunan negara.

Ini diakui sendiri oleh Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar bahawa langkah-langkah seperti pemodenan teknologi pertanian, peluasan ladang berskala besar, serta pendekatan rantaian nilai secara bersepadu dari ladang ke pasaran adalah suatu anjakan penting ke arah mewujudkan sektor pertanian yang berdaya saing dan mampan.

Bagaimanapun katanya, kejayaan rancangan ini amat bergantung kepada pelaksanaan yang tuntas dan bersifat menyeluruh, serta mestilah berpaksikan kepada realiti petani dan nelayan kecil yang menjadi tulang belakang industri makanan negara.

Jelasnya, antara perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan dalam pelaksanaan RMK13 ialah pengupayaan petani kecil dengan teknologi moden.

“Penerapan teknologi moden tidak boleh hanya tertumpu kepada syarikat besar dan agropreneur elit semata-mata.

“Pengupayaan petani kecil, pekebun tradisional,penternak dan nelayan kecil mesti diupaya dan dibimbing serta dibantu agar tidak ketinggalan dalam gelombang pemodenan ini.

“Perlu langkah pelengkap agar petani kecil tidak terpinggir dan boleh menjadi sebahagian daripada rantaian nilai ini,” jelasnya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya lagi, begitu juga dengan isu tanah dan struktur pemilikan .

Ramai anak muda tidak mampu mewarisi kerjaya bertani akibat isu pewarisan dan sekuriti pemilikan tanah.

Kerajaan melalui RMK13 perlu meneliti perkara ini dengan serius.

Begitu juga dengan perlindungan sosial untuk petani dan nelayan.

“Kerajaan hendaklah perhebatkan kempen kesedaran untuk peladang, penternak dan nelayan menyertai skim perlindungan sosial pekerjaan sendiri yang lestari melalui Perkeso dan insurans hasil, supaya mereka tidak terus terdedah kepada ketidaktentuan pasaran dan cuaca.

“Ini sangat penting kerana dengan adanya perlindungan sosial saya yakin ramai yang berminat dengan pertanian terutamanya generasi muda hari ini,” katanya.

Menyentuh mengenai sistem pemantauan pelaksanaan juga sangat penting untuk diwujudkan satu sistem pemantauan yang bebas, telus dan berprestasi tinggi bagi memastikan semua peruntukan serta dasar dilaksanakan secara berkesan tanpa ketirisan atau kegagalan.

Menurutnya lagi, pihak berkuasa perlu pastikan rantaian bekalan juga tidak dikuasai oleh kartel.

“Keadilan harga di peringkat ladang mesti dipertahankan. Perlu ada reformasi dalam sistem pengedaran dan pemborongan supaya petani mendapat pulangan adil hasil titik peluh mereka.

“Saya percaya, jika RMK13 dilaksanakan dengan adil dan penuh kebertanggungjawaban, ia mampu melonjakkan sektor pertanian kita ke tahap baharu dan memperkukuh kedaulatan makanan negara.

“Tetapi jika ia gagal dilaksanakan secara menyeluruh dan inklusif, ia hanya akan menjadi dokumen indah yang tidak menyentuh kehidupan sebenar rakyat di desa dan pesisir,” katanya.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu