Bidadari Malaysia kecam Pemuda Pas samakan wanita dengan lembu

KUANTAN – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bidadari Malaysia mengecam tindakan Ketua Penerangan Pemuda Pas Maran, Salman Muhammad yang menggambarkan wanita yang dilantik sebagai pemimpin seperti ‘lembu betina’.

Pengerusi Bidadari, Napsiah Khamis@Maharan berkata, kenyataan dibuat Salman itu adalah melampau, tidak beradab dan seksis.

“Kami mengecam sekeras-kerasnya kenyataan dibuat Pemuda Pas Maran itu yang bersifat seksis dan merendahkan martabat wanita.

“Kenyataan itu bukan sahaja tidak beradab, malah menggambarkan pemikiran mundur dan bahaya kepada masyarakat.

“Sikap seperti ini adalah satu bentuk penghinaan terang-terangan terhadap peranan dan sumbangan wanita dalam masyarakat moden dan negara ini,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Salman melalui akaun Facebook menggunakan nama ‘Salman Al-Farisi Muhammad’ membuat hantaran mengenai pengalamannya menternak lembu.

Dalam hantaran itu, dia menyatakan ‘bila lembu betina diangkat ketua, dia menentukan segalanya, yang jantan-jantan sekitar lembu betina ini hanya tahu meragut hasil’.

Hantaran itu dilihat seperti memperlekehkan peranan wanita yang diangkat sebagai pemimpin atau ketua.

Justeru, Napsiah beranggapan bahawa pemimpin muda Pas itu sebagai tidak berfikir secara rasional.

“Ini bukan kali pertama pimpinan Pas menggunakan analogi binatang untuk menggambarkan isu-isu serius.

“Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas Pusat (Ahmad Fadhli Shaari) pernah menggunakan kisah monyet, kambing dan biri-biri dalam menjelaskan konflik antarabangsa.

“Kini, wanita pula menjadi mangsa perumpamaan dangkal yang tidak menghormati nilai kemanusiaan,” ujarnya.

Dia mengingatkan Salman bahawa wanita Malaysia telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara sebagai pemimpin, ahli akademik, doktor, peguam, guru, dan aktivis masyarakat.

“Peranan mereka tidak wajar dikerdilkan hanya kerana tafsiran sempit dan prejudis gender yang tidak berlandaskan semangat sebenar Islam yang mengangkat maruah dan potensi setiap insan tanpa mengira jantina,” tegasnya.

Napsiah meminta pimpinan utama Pas mengambil tindakan tegas dan sewajarnya terhadap Salman selain meminta rakyat Malaysia menolak permainan politik seumpama ini.

Related Posts

Perlu dibaca

PM mohon maaf tidak hadir Sidang Khas RCI Tabung Haji

  • By Aden
  • August 11, 2026
PM mohon maaf tidak hadir Sidang Khas RCI Tabung Haji

Bina koridor hidupan liar tangani konflik gajah-manusia – Suryady

  • By Fatin
  • August 11, 2026
Bina koridor hidupan liar tangani konflik gajah-manusia – Suryady

Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

Rakyat Malaysia ditahan bawa 4 kilogram ganja hidroponik di Chennai

Rakyat Malaysia ditahan bawa 4 kilogram ganja hidroponik di Chennai

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah