Sabah tubuh Majlis Penasihat Reformasi Undang-Undang, pacu agenda perundangan baharu

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Majlis Penasihat Reformasi Undang-Undang Sabah (SLRAC), satu inisiatif penting untuk memodenkan serta menambah baik kerangka perundangan negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan pandangan dan syor berharga daripada SLRAC, yang dijangka menjadi asas kepada reformasi undang-undang yang bermakna dan berkekalan di Sabah.

“Penubuhan majlis ini juga selaras dengan visinya untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri yang progresif, inklusif dan berpandangan jauh ke hadapan apabila pembangunan undang-undang bergerak seiring dengan kemajuan sosial dan ekonomi, sambil memelihara warisan unik negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, pada Khamis.

Langkah tersebut bertujuan memastikan undang-undang yang diguna pakai lebih relevan dengan keperluan semasa rakyat, selain memperkukuh tadbir urus, menjunjung kedaulatan undang-undang dan memacu agenda reformasi perundangan di Sabah.

Hajiji turut menyampaikan surat pelantikan kepada barisan ahli Majlis Penasihat Undang-Undang Sabah (SLRAC) yang diketuai oleh Pengerusinya, Tan Sri David Wong Dak Wah, bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, dalam satu majlis di Menara Kinabalu.

Tambahnya, barisan ahli majlis tersebut turut disertai Datuk Daniel Tan Jwee Peng; Dr David Fung Yin Kee; Datuk John Sikayun; Datuk Roger Chin Ken Fong dan Shakinur Ain Karama. 

Sementara itu, Janice Junie Lim dilantik sebagai Setiausaha majlis berkenaan.

Dalam pada itu, turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Peguam Besar Negeri, Datuk Brenndon Keith Soh.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX