Organisasi media yang gagal adaptasi AI berisiko ketinggalan

KOTA KINABALU – Organisasi media yang gagal mengadaptasi teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) berisiko ketinggalan, justeru Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) tampil melatih pengamal media Sabah agar terus berdaya saing.

Pengarahnya, Roslan Ariffin berkata, penganjuran Kursus Smart Journalism: AI Tools for Faster; Smart Reporting yang berlangsung selama tiga hari di Kota Kinabalu merupakan langkah awal ke arah melahirkan wartawan yang cekap mengadaptasi teknologi terkini.

“Kita harapkan kursus seperti ini dapat membantu wartawan di Sabah menggunakan atau menyesuaikan diri dengan teknologi AI dalam kerja seharian bukan sahaja untuk memudahkan dan menyegerakan tugasan, malah memastikan mereka kekal relevan dalam arus cabaran semasa,” katanya ketika ditemui media pada majlis penutupan kursus tersebut, pada Khamis.

Tambahnya, kegagalan organisasi media untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi boleh membawa kepada kemerosotan daya saing dan kebergantungan yang tinggi kepada media sosial.

“Kita lihat di negara-negara lain, industri media sangat terkesan akibat ledakan teknologi. 

“Media sosial kini menjadi pilihan utama masyarakat untuk mendapatkan maklumat, jadi media arus perdana perlu lebih agresif untuk kekal relevan,” jelasnya.

Roslan yang baru pulang menghadiri Asia Media Summit di Kemboja turut berkongsi komitmen IPPTAR untuk memperluaskan usaha pemerkasaan digital dalam kalangan pengamal media seluruh negara, termasuk Sabah.

Beliau yakin pengamal media di Sabah menjadi peneraju utama dalam adaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam bidang kewartawanan negara.

“Saya kagum dengan semangat media Sabah. Dalam masa singkat, komitmen dan dedikasi mereka mengikuti kursus ini sangat menggalakkan.

“Apabila semangat itu ada, kita di IPPTAR lebih terbuka untuk meneruskan kerjasama termasuk bukan hanya dalam AI, tetapi juga bidang lain yang mampu menjadikan wartawan kita lebih berkualiti,” tambahnya.

Antara bidang yang dicadangkan termasuk kursus berkaitan undang-undang media, kewartawanan visual, fotografi, penggunaan dron dan grafik digital.

Ketika ditanya mengenai kursus lanjutan, Roslan berkata, IPPTAR merancang untuk mengadakan lebih banyak program lanjutan sama ada dengan kembali ke Sabah atau menjemput peserta media Sabah untuk menghadiri kursus berfokus di Kuala Lumpur.

“Sama ada kami datang semula ke Kota Kinabalu atau menjemput wakil media Sabah untuk datang dan duduk di IPPTAR, kita buka ruang ini supaya ilmu dan kemahiran baharu terus dapat dikuasai,” ujarnya.

Hadir sama Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Mariah Doksil dan Ketua Kluster Industri Kreatif, IPPTAR, Sumathy Vadiappan.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri