RMK13: RM40 bilion untuk sektor kesihatan, bina hospital baharu

KERAJAAN MADANI memperuntukkan RM40 bilion bagi sektor kesihatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang meliputi pembinaan hospital dan klinik kerajaan yang baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, peruntukan itu merangkumi inisiatif untuk mengurangkan perbelanjaan rakyat bagi perkhidmatan kesihatan awam.

Anwar juga mengumumkan hospital dan klinik kerajaan baharu akan dibina, manakala lebih banyak projek menaik taraf kemudahan kesihatan sedia ada akan dilaksanakan.

Ia termasuk pembinaan Hospital Tuanku Ja’afar 2 di Seremban, Negeri Sembilan; Hospital Sultanah Aminah 2 di Johor Bahru, Johor; sebuah pusat kanser di Sungai Petani, Kedah; pusat jantung di Kota Kinabalu, Sabah; dan pusat kanser di Sarawak.

“Rangka kerja pembangunan profesional sektor kesihatan peringkat kebangsaan akan dibangunkan untuk menangani isu keperluan sumber manusia.

“Ikhtiar ini merangkumi latihan pra-perkhidmatan, pelesenan dan pendaftaran, pengambilan, penempatan, serta pembangunan kerjaya bagi memastikan pengekalan bakat dalam sektor kesihatan,” katanya ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat, hari ini.

Related Posts

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk Kerajaan Persekutuan mengambil langkah konkrit dan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi Belanjawan 2027 bagi menangani penghijrahan doktor daripada sistem kesihatan awam yang semakin membimbangkan. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

KUALA LUMPUR – Kembali ke Malaysia selepas sembilan tahun, perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Gulf Air Bahrain 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti