Pendidikan prasekolah: Kerajaan wajibkan usia 5 tahun

USIA 5 tahun akan diwajibkan untuk mendapatkan pendidikan prasekolah berbanding 6 tahun ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga akan melaksanakan kajian semula ke atas waktu persekolahan optimum dan menilai keberkesanan sekolah khusus.

Jelasnya, pemerintah juga akan menambah baik model pendidikan bagi murid pintar cerdas dan berbakat dalam usaha negara meningkatkan keberhasilan pendidikan.

“Tumpuan juga diberikan supaya bahasa Inggeris dijadikan sebagai sebahagian daripada bahasa pembelajaran dan perhubungan manakala pembelajaran bahasa tambahan akan diperluas,” katanya ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat, hari ini

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sistem pendidikan negara akan diperkemas supaya lebih bersepadu, berkesan dan responsif kepada cabaran masa depan.

“Untuk ini, perancangannya adalah supaya pendidikan prasekolah hingga menengah diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan.

“Manakala, pendidikan prauniversiti dan pengajian tinggi diselaras oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, dengan matlamat memperjelas bidang kuasa dan meningkatkan kecekapan dasar serta pelaksanaan,” katanya.

Beliau berkata, mekanisme pengambilan guru daripada pelbagai sumber secara terbuka akan ditambah baik bagi memastikan peluang disediakan kepada calon yang benar-benar layak, berpotensi dan komitmen tinggi terhadap dunia pendidikan.

“Program latihan dan peningkatan kemahiran secara berterusan akan dilaksanakan bagi meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru yang menjadi akar sistem pendidikan negara ini,” katanya.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

SERDANG – Umat Islam perlu melakukan muhasabah dan memperkukuh sahsiah bagi memastikan Islam terus dipersembahkan melalui akhlak serta teladan yang baik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut