RMK13 pacu pembangunan mampan Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan menjadi pemacu utama kepada pembangunan sosioekonomi mampan dan berdaya tahan di Sabah dan Sarawak melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tema ‘Melakar Semula Pembangunan’ yang digariskan dalam RMK13 bukan sahaja menyentuh seluruh lapisan rakyat, malah memberi fokus kepada kelestarian alam, daya saing negara dan keterangkuman wilayah, khususnya bagi Sabah dan Sarawak.

“Kerjasama erat antara kerajaan pusat, kerajaan negeri dan sektor swasta untuk memastikan kestabilan bekalan air.

“Sebagai menteri yang turut bertanggungjawab terhadap hal ehwal Sabah dan Sarawak, saya menyambut baik pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan sosioekonomi, termasuk penyelesaian projek Sarawak–Sabah Link Road, Lebuhraya Trans Borneo dan Pan Borneo di Sabah,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook beliau pada Khamis.

Beliau berkata, semua usaha ini selaras dengan matlamat Malaysia untuk menjadi peneraju serantau dalam ekonomi hijau dan teknologi masa depan menjelang 2050, seiring komitmen negara terhadap sasaran neutral karbon.

Antara inisiatif lain yang diumumkan termasuk:

• Hab ekonomi biru di Sabah untuk menarik pelaburan industri strategik baharu.

• Peningkatan kapasiti pelabuhan di Sabah dan Sarawak sebagai sokongan kepada pertumbuhan ekonomi.

• Projek mitigasi banjir Sungai Likas di Sabah dan RTB Kuching di Sarawak.

• Pemerkasaan anak negeri Sabah dan bumiputera Sarawak melalui pembangunan bakat dan infrastruktur.

• Hab pengeluaran makanan di Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi memperkukuh ekonomi desa.

• Pemakaian Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) untuk menyokong pelaksanaan Rancangan Fizikal Negara.

• Pengukuhan pos keselamatan di sempadan Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung.

Dalam sektor tenaga dan air pula, RMK13 memperkenalkan pelbagai langkah berimpak tinggi termasuk:

• Pembangunan Grid Pintar dan Sistem Penyimpanan Tenaga (BESS) 400MW selama 4 jam dengan pelaburan RM2.5 bilion.

• Penerokaan tenaga boleh baharu dan akses kepada tenaga hijau melalui solar berkelompok.

• Sistem amaran awal banjir berasaskan AI di kawasan berisiko tinggi termasuk Sabah.

• Pelan transformasi air negara yang memberi penekanan kepada pengurangan Air Tidak Terhasil (NRW) dan penggunaan semula air.

Related Posts

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

KANGAR – Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan akaun media sosial palsu yang menyamar menggunakan nama agensi kerajaan bagi menawarkan pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau bantuan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar