RMK13 inklusif, perkukuh pembangunan luar bandar

KOTA KINABALU – Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyambut baik pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkannya sebagai pelan pembangunan inklusif yang memperkukuh masa depan Sabah, khususnya komuniti luar bandar.

Presidennya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pelan lima tahun itu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkasa Sabah sebagai wilayah penting dalam pembangunan negara.

“Kerajaan bertekad menjamin keseimbangan pembangunan antara wilayah dengan memberi penekanan khusus kepada luar bandar, termasuk FELDA, FELCRA serta Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Beliau berkata, tumpuan terhadap sektor pertanian amat signifikan kerana ia merupakan nadi kehidupan majoriti penduduk luar bandar di Sabah.

“Kami menyambut baik langkah RMK13 memodenkan sektor pertanian melalui mekanisasi, automasi dan penggunaan teknologi pintar,” jelasnya.

Katanya lagi, peruntukan lebih RM227 bilion bagi sektor ekonomi, termasuk pertanian, diyakini dapat mempercepatkan transformasi sektor agromakanan negara yang turut memberi manfaat besar kepada Sabah.

“Pembangunan hab perikanan bersepadu, hab ekonomi biru dan program pengukuhan pasar tamu merupakan antara inisiatif penting dalam memastikan kelangsungan rantaian bekalan makanan tempatan,” ujarnya.

Arthur turut menyambut baik pelaksanaan projek-projek strategik seperti pembangunan Taman Perindustrian Kota Kinabalu, penaiktarafan depoh biodiesel di Sandakan dan Lahad Datu, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, serta pengukuhan bekalan elektrik melalui jaminan tenaga untuk Sabah.

“PBRS turut menyokong usaha kerajaan melahirkan agropreneur muda menerusi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta Skim Pembiayaan TVET MADANI yang membuka peluang kepada belia luar bandar menguasai kemahiran pertanian moden.

“Usaha ini selaras dengan matlamat kerajaan untuk mencipta 1.2 juta peluang pekerjaan baharu menjelang 2030, termasuk dalam ekonomi digital dan pertanian pintar,” katanya.

Tambahnya, RMK13 bukan sekadar pelan pembangunan ekonomi, tetapi dokumen strategik nasional yang berteraskan prinsip keadilan sosial, keterangkuman dan kemampanan jangka panjang.

Katanya lagi, PBRS berdiri teguh menyokong aspirasi Malaysia MADANI dan menyeru seluruh rakyat Sabah agar memainkan peranan aktif menjayakan pelan ini bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Related Posts

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

SUNGAI PETANI – Semua universiti termasuk institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) perlu mewujudkan jabatan kecerdasan buatan (AI) bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang tersebut. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM

SUNGAI PETANI – Perdebatan politik di Johor dan Negeri Sembilan seharusnya tertumpu kepada keadilan dan peluang sama rata, bukan retorik perkauman atau politik perpecahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM