Kes Zara Qairina: Polis rakam keterangan 60 individu

KOTA KINABALU – Seramai 60 individu terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan kakitangan dipanggil untuk merakam keterangan bagi membantu siasatan kes kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan pada 16 Julai lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan kini berada di peringkat akhir dan kertas siasatan telah dihantar ke Bukit Aman.

“Berkaitan dengan perkembangan siasatan kes seorang pelajar salah satu asrama sekolah yang dijumpai jatuh daripada bangunan siasatan untuk kes ini telah berada di peringkat akhir.

“Yang mana kenyataan lebih kurang 60 saksi telah dirakam oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga beberapa keterangan-keterangan lain telah kita ambil.

“Buat masa sekarang kertas siasatan ini telah kita bawa ke Bukit Aman untuk pemerhatian dan penelitian akhir sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak wujud unsur buli dalam kes ini, namun siasatan akan dilakukan secara menyeluruh dan teliti.

“Kita tidak menolak kemungkinan dakwaan ini, ia berdasarkan kepada siasatan yang kita laksanakan namun, kertas siasatan ini telah dihantar ke Bukit Aman untuk penelitian dan juga kajian menyeluruh,” katanya.

Menjawab dakwaan yang mengatakan terdapat anak-anak VIP, ahli politik dan anaknya sendiri bersekolah di sekolah tersebut, Jauteh menegaskan bahawa anaknya tidak pernah bersekolah di sana.

“Itu wallahualam, saya tidak dapat mengetahui secara keseluruhan sebab ramai pelajar di situ.

“Jadi yang itu, kita tidak membuat siasatan berkaitan dengan ini anak siapa, ini anak siapa? Tapi saya tegaskan bahawa saya tidak mempunyai anak yang pernah dan sedang bersekolah di sana.

“Jadi ini bererti bahawa ada netizen yang sengaja menimbulkan sesuatu yang tidak sihat kepada perkara ini,” katanya.

Related Posts

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

SARATOK – Tiga lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian sebuah tong gas di sebuah rumah panjang di Awik  bagi mendapatkan wang untuk membeli bekalan dadah. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harmony Walk 2026 di Kuching Waterfront ditangguh akibat kualiti udara merosot

KUCHING – Penganjuran program Harmony Walk 2026 yang dijadualkan berlangsung di Tebingan Sungai Kuching pada Sabtu ini terpaksa ditangguhkan susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara yang melanda bandar raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Harmony Walk 2026 di Kuching Waterfront ditangguh akibat kualiti udara merosot

Harmony Walk 2026 di Kuching Waterfront ditangguh akibat kualiti udara merosot

SNDB perkasa pekebun kecil, pacu pemodenan industri sagu di Mukah

SNDB perkasa pekebun kecil, pacu pemodenan industri sagu di Mukah

MyCC perluas kerjasama antarabangsa menerusi MoU dengan HKCC

  • By Ithma
  • August 13, 2026
MyCC perluas kerjasama antarabangsa menerusi MoU dengan HKCC

Tujuh jalan utama di Kuching ditutup berperingkat sempena Harmony Walk 2026

Tujuh jalan utama di Kuching ditutup berperingkat sempena Harmony Walk 2026

KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh