Kerajaan akan percepat pembangunan industri REE

PUTRAJAYA – Kerajaan mempercepat pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) dengan kerjasama kerajaan negeri bagi memantapkan ekosistem serta mempergiatkan aktiviti sepanjang rantaian nilai industri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tumpuan diberikan kepada pembangunan kapasiti tempatan dalam bidang teknologi perlombongan, penulenan dan pemisahan, melalui kerjasama strategik dengan pihak luar negara.

Perdana Menteri menjelaskan, sumber REE akan diutamakan untuk kegunaan domestik bagi membina industri peringkat pertengahan dan hiliran.

“Usaha ini disokong oleh pembangunan bakat, infrastruktur moden, insentif menyeluruh serta pemetaan sumber yang lebih tepat.

“Ekonomi hijau, iaitu model pembangunan ekonomi mengutamakan kelestarian alam sekitar, akan diperkukuh melalui pelbagai inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13),” katanya ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar memaklumkan perdagangan karbon akan dimudah cara, antaranya melalui pelaksanaan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan, Skim Perdagangan Pelepasan (ETS) serta penyediaan insentif untuk projek kredit karbon.

Selain itu, katanya, aktiviti pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) akan turut dipergiat dengan menjadikannya sebahagian daripada taksonomi pelaburan dan pembiayaan hijau.

“Sebuah projek rintis pemerangkapan karbon dalam industri besi dan keluli akan dilaksanakan di Kemaman, Terengganu.

“Akses pembiayaan hijau juga akan diperluas bagi menyokong usaha penyahkarbonan sektor utama negara,” tambahnya.

Related Posts

Ekonomi Malaysia tunjuk prestasi kukuh, berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2026

CYBERJAYA – Ekonomi Malaysia terus menunjukkan prestasi kukuh apabila mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2026, lebih tinggi berbanding 5.4 peratus yang direkodkan pada suku pertama tahun ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu eFishery: Salahkan kerajaan sahaja tidak tepati realiti pelaburan global

PUTRAJAYA – Naratif yang terus menyalahkan Kerajaan MADANI dalam isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) terhadap syarikat pemula akuakultur di Indonesia dikenali sebagai eFishery adalah terlalu simplistik dan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ekonomi Malaysia tunjuk prestasi kukuh, berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2026

Ekonomi Malaysia tunjuk prestasi kukuh, berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2026

Genap setahun pemergian Zara, prosiding inkues penuh emosi

Genap setahun pemergian Zara, prosiding inkues penuh emosi

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

Ziarah Rohani buka ruang hayati sejarah tokoh ulama, agamawan

Ziarah Rohani buka ruang hayati sejarah tokoh ulama, agamawan

Maritim Sandakan patah cubaan seludup petrol subsidi di Sungai Sabine

Maritim Sandakan patah cubaan seludup petrol subsidi di Sungai Sabine