Cukai barang bernilai tinggi tidak diteruskan – MOF

KERAJAAN memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) seperti yang diumumkan sebelum ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu jawapan bertulis yang dimuat naik ke laman sesawang Parlimen.

MOF berkata, prinsip cukai tersebut masih diterapkan dalam semakan semula struktur cukai jualan, yang mengenakan kadar lima peratus atau 10 peratus terhadap barangan mewah dan bersifat pilihan.

Ia bagi menjawab pertanyaan Shamshulkahar Mohd Deli (BN–Jempol) mengenai jangkaan penambahan pendapatan negara hasil daripada pelaksanaan reformasi fiskal termasuk pengenalan HVGT, Cukai Barangan Digital (DGT), Cukai Keuntungan Modal (CGT), Cukai Barang Bernilai Rendah (LVG), peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta langkah penyasaran subsidi.

Cadangan pelaksanaan HVGT telah dibentangkan buat pertama kali dalam semakan semula Belanjawan 2023 pada Februari tahun lalu, dan dijadualkan mula dilaksanakan pada Mei 2024. Kerajaan pada masa itu menjangkakan hasil tambahan sekitar RM700 juta setahun daripada cukai tersebut.

Namun demikian, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan HVGT bagi memberi ruang rundingan bersama pihak berkepentingan supaya pelaksanaannya tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

Sementara itu, MOF memaklumkan bahawa kerajaan telah mengambil beberapa langkah di bawah sistem cukai langsung dan tidak langsung bagi memperkukuh kutipan hasil negara.

Antaranya ialah pelaksanaan CGT yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2024.

Berdasarkan jumlah serta nilai urus niaga semasa bagi saham tidak tersenarai, kerajaan mengunjurkan kutipan hasil sekitar RM800 juta setahun daripada cukai tersebut.

Selain itu, semakan kadar cukai jualan dan peluasan skop cukai perkhidmatan yang mula dikuatkuasakan pada 1 Julai lalu dijangka menyumbang tambahan hasil sebanyak RM5 bilion tahun ini dan meningkat kepada RM10 bilion pada tahun hadapan.

Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel pula berjaya menjana penjimatan sehingga RM600 juta sebulan bagi kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, pelaksanaan LVG yang bermula pada 1 Januari 2024 turut mencatatkan kutipan hasil kira-kira RM500 juta sepanjang tahun lalu.

Related Posts

Malaysia, Indonesia perkukuh komitmen tingkatkan perdagangan intra-ASEAN

JAKARTA – Malaysia dan Indonesia menekankan kepentingan memperkukuh perdagangan serta pelaburan dalam kalangan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan daya tahan ekonomi serantau berdepan ketidaktentuan ekonomi global. Menteri Luar, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Persekutuan terus perkukuh sektor agromakanan Johor, suntik dana demi kesejahteraan rakyat

KERAJAAN Persekutuan menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memperkasakan sektor pertanian dan agromakanan di Johor menerusi pelbagai bentuk bantuan, peruntukan serta projek pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha