Dari potensi ke realiti, Infineon komited labur RM30 bilion di Kulim

POTENSI pelaburan Infineon Technologies yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa lawatan kerja ke Jerman tahun lalu kini telah menjadi realiti.

Syarikat semikonduktor terkemuka dari Jerman itu secara rasmi memulakan pelaburan tambahan sebanyak RM30 bilion bagi membangunkan kilang 200mm Silicon Carbide (SiC) Power Fab terbesar di dunia di Kulim Hi-Tech Industrial Park, Kedah.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kejayaan ini membuktikan kemampuan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri dalam menterjemahkan potensi pelaburan kepada pelaksanaan konkrit.

“Masih lagi nak tuduh potensi pelaburan oleh YAB PM cuma pengumuman kosong? Dari potensi, kita jadikan realiti!,” katanya di laman X.

Majlis pelancaran rasmi kilang tersebut turut disempurnakan oleh Perdana Menteri bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, sekali gus memperlihatkan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi.

Fasa pertama kilang itu bukan sahaja telah siap, malah sudah mula beroperasi.

Pelaburan mega ini dijangka menjana 1,500 peluang pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat tempatan serta menjadikan Malaysia sebagai hab utama pengeluaran semikonduktor berasaskan SiC di peringkat global.

Dalam pada itu, beliau berkata, komitmen Infineon untuk memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan turut dizahirkan melalui pelancaran Program Pembangunan Vendor Tempatan pada 15 Januari 2025, yang menyokong 139 syarikat tempatan.

“Ini adalah komitmen pelaburan yang sangat signifikan dan bukti keyakinan Infineon terhadap Malaysia,” ujarnya.

Pelaburan strategik ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam rantaian bekalan semikonduktor global, khususnya dalam teknologi kuasa hijau dan mampan.

Related Posts

Nilai ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

PUTRAJAYA – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong data ekonomi domestik yang kukuh dan jangkaan pelarasan Kadar Dasar Semalaman (OPR). Pada 8 pagi, ringgit mengukuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka mencapai 5.2 peratus tahun ini sebelum menyederhana kepada 4.7 peratus pada 2027, di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi serantau. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menerusi Laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak