Atasi buli dengan pendekatan menyeluruh

KUANTAN – Isu buli di sekolah wajar ditangani melalui pendekatan menyeluruh, termasuk menerusi aktiviti seni mempertahankan diri seperti silat.

Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata, silat bukan saja membantu pembinaan keyakinan diri, malah membentuk perasaan kekeluargaan dalam kalangan pelajar.

Melalui seni mempertahankan diri itu, katanya, pelajar diberi bimbingan teknik bertempur dan juga adab, tatasusila dan nilai budaya Melayu yang luhur.

“Ini termasuklah semangat patriotisme kerana kebiasaannya berada dalam kelompok itu, kasih sayang serta keprihatinan sesama ahli menjadi benteng daripada berlakunya perbuatan buli.

“Selain itu, sistem usrah antara senior dengan junior juga boleh dijadikan wadah membina hubungan yang sihat dan menyokong.

“Namun, pelaksanaannya perlu berpaksikan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah supaya tidak terpesong daripada landasan akidah dan manhaj yang sahih,” katanya dalam satu hantaran melalui laman sosial miliknya.

Asmadi memaklumkan, ramai remaja dipercayai mahu berubah ke arah lebih baik, namun terperangkap dalam kelompok toksik kerana kurang ‘alternatif sosial’ untuk disertai.

“Mungkin punca utama remaja sukar meninggalkan kelompok yang toksik ialah bimbang diri mereka akan menjadi ‘kera sumbang’ dan terasing di sekolah.

“Kita mungkin nampak kebimbangan itu remeh, hakikatnya ia adalah isu besar dalam dunia remaja, termasuk tekanan rakan sebaya dalam mempengaruhi psikologi dan pembentukan tingkah laku mereka,” katanya.

Beliau berkata, terdapat banyak lagi nilai dan sistem dalam budaya masyarakat yang boleh dihidupkan semula untuk membentuk kumpulan sihat dalam kalangan pelajar.

“Budaya kita menekankan nilai prihatin, saling menghormati dan semangat kekitaan yang boleh menjadi teras kepada pembentukan pelajar dari akar umbi,” jelasnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok