KPT galak ibu bapa simpan SSPN demi masa depan anak – Mustapha

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyarankan ibu bapa menabung menerusi Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebagai langkah bijak merancang kewangan demi masa depan pendidikan anak-anak.

Timbalan Menteri KPT, Datuk Mustapha Sakmud berkata, ibu bapa perlu memanfaatkan peluang Simpan SSPN yang mempunyai pelbagai manfaat dan keistimewaan.

“Kita sudah maklum bahawa ibu bapa perlu mempunyai dana untuk memastikan anak-anak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

“Oleh itu, simpanan ini satu bentuk pelaburan jangka panjang sekali gus menyemai budaya menabung dalam kalangan ibu bapa serta anak-anak,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Karnival Anak Warisan Simpan SSPN (KAWAN) 2025 PTPTN, di Kompleks Karamunsing, di sini, pada Sabtu.



Jelas Mustapha, langkah menabung sejak awal merupakan pendekatan praktikal berbanding hanya bergantung kepada peminjam pendidikan atau menanti peluang biasiswa.

“Jadi kalau kita mula menabung serendah RM30 SSPN plus sebulan, apabila anak kita sudah mencecah 18 tahun, kita ada sejumlah wang untuk sebagai permulaan mereka untuk mendaftar di universiti ataupun di mana-mana institusi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan Kerajaan Negeri, agensi kerajaan dan swasta untuk menjadikan Simpan SSPN sebagai pilihan utama bagi pemberian insentif kepada kakitangan, pelajar dan sebagainya.

“Ucapan tahniah juga kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Institusi Perguruan, Politeknik dan Kolej Komuniti kerana memilih akaun Simpan SSPN Prime sebagai hadiah bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kakitangan,” tambahnya.

Menurut Mustapha, dalam tempoh lebih dua dekad, Simpan SSPN terus merekodkan prestasi yang mampan pada setiap tahun dan mendapat keyakinan serta kepercayaan masyarakat.

“Sejak 2004 sehingga 30 Jun 2025, deposit Simpan SSPN yang diterima adalah berjumlah RM21.93 bilion dengan 6.98 juta akaun yang telah direkodkan.

“Di sabah, deposit Simpan SSPN yang diterima sebanyak RM689.84 juta dengan akaun dibuka lebih 500,000.

“Saya berharap Simpan SSPN akan menjadi pilihan terbaik kepada ibu bapa untuk membuat simpanan secara konsisten demi masa depan pendidikan yang terjamin,” ujarnya.

Mengenai KAWAN 2025, Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar menyifatkan program itu sebagai langkah progresif yang menyokong pendidikan tinggi, pembangunan sosial dan pemeliharaan nilai warisan.

“Program ini mengambil pendekatan holistik merangkumi penabungan, pembudayaan ilmu dan pemerkasaan komuniti,” katanya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok