Ketua Polis Daerah Jerantut meninggal dunia akibat serangan jantung

KUANTAN – Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Taman Saujana Utama, dekat Jerantut, hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, Allahyarham yang mempunyai rekod rawatan sakit jantung, menghembuskan nafas terakhir ketika sendirian di rumah.

Beliau berkata, terdahulu pemandu kepada arwah pergi ke rumah Zukri, 59, selepas dimaklumkan bahawa pegawai kanan itu tidak menjawab panggilan telefon sejak jam 2 petang.

“Setiba di kediaman Allahyarham, pemandu itu yang juga seorang anggota polis mendapati pintu rumah berkunci.

“Selepas memberi salam serta memanggil tetapi tiada jawapan, anggota itu memecahkan pintu rumah dan menemui Allahyarham dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Berikutan itu, Yahaya berkata, anggota terbabit menghubungi Hospital Jerantut sebelum penolong pegawai perubatan tiba di rumah berkenaan kira-kira jam 3 petang dan mengesahkan Zukri sudah meninggal dunia.

“Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada pasukan kerana beliau adalah antara pegawai kanan polis yang cemerlang serta komited sepanjang menjalankan tugas,” katanya.

Allahyarham dilantik sebagai Ketua Polis Jerantut sejak 23 April tahun lalu dan dijadualkan bersara wajib pada bulan depan.

Related Posts

Kastam Pulau Pinang berjaya lumpuhkan sindiket seludup rokok bernilai RM9.14 juta

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 8.15 juta batang rokok putih disyaki tidak berkastam bernilai keseluruhan RM9.14 juta termasuk duti selepas memeriksa sebuah kontena di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

KUCHING – Syarikat penerbangan AirBorneo Airways (AirBorneo) melakar sejarah baharu apabila secara rasminya melancarkan laluan penerbangan antarabangsa pertama menghubungkan bandar raya ini dengan Singapura. Pelancaran bersempena dengan kemeriahan sambutan Hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kastam Pulau Pinang berjaya lumpuhkan sindiket seludup rokok bernilai RM9.14 juta

Kastam Pulau Pinang berjaya lumpuhkan sindiket seludup rokok bernilai RM9.14 juta

Jika RCI diterbitkan tiga tahun lalu, Tabung Haji boleh ‘gulung tikar’

Jika RCI diterbitkan tiga tahun lalu, Tabung Haji boleh ‘gulung tikar’

MCMC, PDRM siasat dakwaan akaun palsu muat naik kandungan hina Nabi Muhammad

MCMC, PDRM siasat dakwaan akaun palsu muat naik kandungan hina Nabi Muhammad

Rundingan tarif dengan AS diteruskan demi kepentingan Malaysia – PM

Rundingan tarif dengan AS diteruskan demi kepentingan Malaysia – PM

Malaysia tidak akan berganjak daripada dasar larang kemasukan warga Israel

Malaysia tidak akan berganjak daripada dasar larang kemasukan warga Israel

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura