Thailand tunggu rundingan Anwar dengan Kemboja tamatkan konflik

USAHA mempercepatkan rundingan antarabangsa sedang dilakukan Kerajaan Thailand sekali gus menamatkan ketegangan di sempadan negara itu dengan Kemboja dengan segera.

Pemangku Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand, Phumtham Wechayachai berkata, kerajaan dan tentera sedang berunding dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi ASEAN, untuk mencapai penyelesaian.

Jelasnya, Anwar akan berunding terlebih dahulu dengan Perdana Menteri Kemboja sebelum membawa hasilnya ke pihak Thailand.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pagi tadi di Kementerian Dalam Negeri Thailand.

Dalam ucapannya, Phumtham menyifatkan serangan roket ke arah kawasan awam sebagai tindakan provokatif oleh Kemboja.

Katanya, serangan itu telah mengakibatkan kematian dan kecederaan serius dalam kalangan rakyat Thailand, serta melanggar undang-undang antarabangsa secara jelas.

“Perbuatan Kemboja menunjukkan niat menyerang dan melanggar prinsip undang-undang antarabangsa. Mereka perlu bertanggungjawab,” katanya.

Phumtham menegaskan bahawa Thailand akan bertindak balas secara menyeluruh, baik secara ketenteraan mahupun pentadbiran bagi melindungi kedaulatan dan kesejahteraan rakyat di kawasan sempadan.

“Thailand sudah pun mengambil tindakan diplomatik paling tegas dengan mengusir diplomat Kemboja dan memanggil pulang dutanya,” katanya.

Related Posts

Kabinet akan teliti pandangan akademik mengenai RMK13 – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kritikan membina dan pandangan ahli akademik mengenai pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan dibawa terus kepada Jemaah Menteri untuk diteliti, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin