eHati: JAIS tahan 6 individu, 320 saksi dikenal pasti

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) menahan enam orang yang disyaki terbabit dalam penganjuran Program Motivasi Rumah Tangga eHati yang diadakan pada 27 hingga 30 September tahun lalu.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, mereka terdiri daripada dua lelaki dan empat wanita berumur di antara 26 hingga 47 tahun di daerah ini pada 18 Julai lalu.

“Semua yang disyaki ditahan, diambil rakaman percakapan bagi membantu siasatan kerana disyaki terbabit dalam penganjuran Program Motivasi Rumah Tangga eHati pada September tahun lalu di IDCC, Shah Alam.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 7 (Doktrin Palsu), Seksyen 8 (Dakwaan Palsu), Seksyen 10 (menghina atau menyebabkan dipandang hina, dll, agama Islam).

“Juga Seksyen 16 (Penerbitan Agama yang Bertentangan dengan Hukum Syarak), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki berlaku suatu upacara atau perbuatan berhubung dengan agama Islam yang bertentangan dengan hukum syarak,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Shahzihan berkata, sehingga kini, JAIS sudah dan sedang merakam percakapan 38 orang saksi bagi membantu siasatan.

“JAIS juga mengenal pasti seramai kita-kira 282 orang peserta yang menyertai Program Motivasi Rumah Tangga eHati untuk diambil rakaman percakapan.

“Sebanyak tiga buah buku dan tiga keping cakera video digital (VCD) yang dirampas diserahkan kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi mendapatkan ulasan dan pandangan hukum syarak.

“Siasatan menyeluruh juga dilakukan merangkumi keseluruhan modul atau program yang ditawarkan oleh pihak penganjur,” katanya.

Jelasnya, kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada pihak Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

KUCHING — Pengumuman Belanjawan 2027 yang menyaksikan peningkatan bantuan tiket penerbangan FlySiswa MADANI daripada RM400 kepada RM500 mendapat sambutan positif dalam kalangan mahasiswa Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian di Semenanjung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi yang mengorbankan nyawa orang awam dan menyebabkan ratusan lagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon