SPRM Labuan tahan Ketua Penolong Pegawai Perubatan salah guna kuasa untuk syarikat isteri

LABUAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan menahan reman seorang Ketua Penolong Pegawai Perubatan kerana dipercayai menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kerja-kerja untuk syarikat milik isterinya.

Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad membenarkan suspek lelaki berusia lingkungan 50-an direman selama empat hari sehingga 28 Julai selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sesyen Labuan, pagi Khamis.

Menurut sumber, suspek telah ditahan di Pejabat SPRM Labuan Ketika hadir memberi keterangan sekitar pukul 5.40 petang Rabu.

“Suspek dipercayai telah menyalahgunakan kedudukannya dengan mendapatkan kerja-kerja ‘forwarding’ atau yang berkaitan pengurusan logistik di tempatnya bekerja sekitar tahun 2023 dan 2024.

“Kerja-kerja yang melibatkan nilai kira-kira RM20,000 berkenaan diberikan kepada syarikat milik isterinya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Muhammat Azis Malmod Ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar