Penjawat awam dilarang terlibat aktiviti politik – JPA

PENJAWAT awam diingatkan agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti politik dan hendaklah mengekalkan kedudukan yang berkecuali daripada mana-mana parti politik.

Larangan tersebut ditegaskan dalam satu surat edaran yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

“Perkhidmatan awam sepatutnya bersifat profesional, adil dan tidak berpihak selaras dengan prinsip ‘neutrality’ (berkecuali) dan ‘impartiality’ (kesaksamaan) untuk memastikan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan awam menjadi tulang belakang dalam pentadbiran negara,” katanya dalam surat bertarikh 23 Julai 2025.

Surat edaran tersebut turut mengingatkan bahawa sebarang pelanggaran terhadap etika dan tatakelakuan boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Antara tindakan tatatertib yang boleh diambil termasuklah hukuman amaran, denda, lucut hak emolumen, penangguhan pergerakan gaji, penurunan gaji atau pangkat, serta buang kerja, bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan.

Surat berkenaan juga menekankan bahawa penjawat awam perlu menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, kepada Malaysia sebagai negara berdaulat, serta kepada kerajaan.

Selain itu, mereka juga dituntut untuk melaksanakan tugas dengan jujur, cekap dan bertanggungjawab, mematuhi segala arahan serta menjauhi sebarang bentuk salah laku termasuk penyalahgunaan kuasa dan konflik kepentingan.

“Semua pegawai awam telah menandatangani Surat Aku Janji sebagaimana diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

“Aku janji ini adalah satu komitmen bertulis oleh pegawai awam untuk mematuhi peraturan dan arahan kerajaan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka,” menurut surat berkenaan

Dalam pada itu, penjawat awam juga diingatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan awam tanpa kebenaran, sama ada secara bertulis, lisan atau melalui media sosial.

Larangan tersebut meliputi kenyataan yang menyentuh dasar kerajaan, maklumat dalaman jabatan atau isu yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap perkhidmatan awam, termasuk kenyataan berunsur provokasi, fitnah atau maklumat yang tidak disahkan.

“Sebarang kenyataan awam yang positif hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada menteri,” menurut surat edaran itu lagi,” jelas surat itu.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar turut memberi peringatan bahawa penjawat awam dilarang menyertai sebarang perhimpunan anjuran pembangkang, termasuk himpunan yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

Beliau menegaskan bahawa penjawat awam terikat dengan ikrar yang termaktub dalam Rukun Negara, dan perlu kekal mematuhi prinsip kesetiaan serta integriti sepanjang tempoh perkhidmatan.

Related Posts

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

PUTRAJAYA – Pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) akan diberi peluang menjalani latihan awal di pusat dan badan penyelidikan kerajaan di seluruh negara mulai bulan depan. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

PETALING JAYA – Langkah mempelbagaikan sumber bekalan tenaga dari beberapa negara menjadi strategi utama kerajaan dalam memastikan kestabilan bekalan tenaga negara ketika berdepan ketidaktentuan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas