JTU Sabah nafi keluarkan lesen mencarigali kepada Syarikat Bumi Suria

KOTA KINABALU – Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah menegaskan tiada sebarang lesen mencarigali ‘Prospecting Licence’ dikeluarkan kepada Syarikat Bumi Suria Sdn Bhd di bawah peruntukan Ordinan Perlombongan Sabah 1960 (SMO 1960).

Menurut Pengarah JTU Sabah merangkap Ketua Merinyu Galian Sabah, Datuk Sr Bernard Liew Chau Min, tiada kelulusan rasmi dikeluarkan kepada Syarikat Bumi Suria Sdn Bhd berkaitan lesen mencarigali.

Jelasnya, segala kenyataan, promosi atau tindakan oleh mana-mana pihak berhubung perkara tersebut adalah tidak berasas.

“Sebarang aktiviti pencarigalian mineral di Sabah hanya boleh dijalankan dengan lesen sah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 6 dan 8 Ordinan Perlombongan Sabah 1960.

“Aktiviti tersebut juga tertakluk kepada syarat-syarat teknikal dan perundangan lain yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.

Tegas Bernard, pihaknya memandang serius sebarang kenyataan awam melalui mana-mana media yang boleh mengelirukan orang awam.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok