Insiatif Jimat MADANI bantu kurangkan beban penduduk di Sibu

SIBU – Seramai 1,000 penduduk sekitar Sibu bakal menerima manfaat menerusi Program Jimat MADANI anjuran Pusat Khidmat Parlimen Sibu yang akan berlangsung pada 26 Julai 2025 (Sabtu) ini.

Program yang digerakkan oleh Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew ini menawarkan satu set barangan keperluan asas bernilai RM81 pada harga diskaun hanya RM55, iaitu penjimatan lebih 32 peratus.

Set barangan tersebut merangkumi pelbagai keperluan dapur asas seperti beras 3A Boy seberat 10 kilogram, mi segera Ibumie (10 pek), sardin tin Smiling Fish, kacang panggang Ayam Brand, minuman coklat Socolocs, dan susu pekat Marigold. Turut disertakan dalam set ialah kari ayam Sunstar , keropok Hwa Tai, serta produk kesihatan seperti Nutribest Selenium Egg dan Wholeos DHA.

Pembayaran hanya diterima secara tunai dan setiap keluarga hanya dibenarkan membeli satu set bagi memastikan lebih ramai penduduk dapat menikmati bantuan tersebut.

Program agihan akan berlangsung di Delta The Market Place dari jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang.

Menurut pihak penganjur, inisiatif ini sejajar dengan usaha Kerajaan MADANI dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan B40 dan warga emas yang terkesan dengan kenaikan harga barang.

Orang ramai dinasihatkan hadir awal kerana hanya 1,000 set ditawarkan, mengikut konsep ‘siapa cepat, dia dapat’. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Parlimen Sibu di talian 084-322001.

Related Posts

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dan menjual air ketum di Gual Periok terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin. Serbuan kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow