Kapal bantuan dari Itali ke Gaza, cabar sekatan Israel

SEBUAH kapal bantuan yang membawa barangan keperluan ke Gaza berlepas dari Pelabuhan Gallipoli, selatan Itali pada pagi Ahad dalam usaha terbaharu mencabar sekatan berpanjangan yang dikenakan oleh Israel ke atas wilayah Palestin itu.

Misi berkenaan diketuai oleh Freedom Flotilla Coalition, yang menegaskan bahawa inisiatif ini khusus buat kanak-kanak Gaza yang kini menderita akibat perang dan kebuluran.

“Dalam menghadapi genosid dan kebuluran yang disengajakan, setiap tindakan solidariti amat bermakna. Selagi Israel kebal daripada tindakan undang-undang, keganasan akan berterusan,” menurut kenyataan kumpulan itu, lapor Anadolu.

Kapal bernama Handala, sebuah kapal nelayan Norway yang dibina pada tahun 1968 dan telah diubah suai, membawa pelbagai bekalan bantuan termasuk ubat-ubatan, makanan dan peralatan perubatan untuk penduduk Gaza.

Kapal tersebut dikendalikan oleh kira-kira 20 peserta antarabangsa yang terdiri daripada ahli Parlimen Eropah, aktivis hak asasi manusia dan wartawan.

Menurut penganjur, pelayaran itu sepatutnya bermula pada Jumaat lalu namun ditangguhkan kepada Ahad bagi memberi ruang kepada persiapan teknikal dan logistik akhir.

Kapal dijangka mengambil masa kira-kira seminggu untuk merentasi Laut Mediterranean dan menghampiri perairan Gaza, meliputi jarak sejauh 80 kilometer.

Misi ini menyusuli pelayaran kapal Madleen pada Jun lalu yang telah dipintas oleh tentera laut Israel sebelum sempat sampai ke Gaza. Bagaimanapun, pihak penganjur menegaskan bahawa intimidasi dan penahanan tidak akan mematahkan gelombang sokongan global terhadap rakyat Palestin.

Antara penumpang kapal Handala ialah Emma Fourreau dan Gabrielle Cathala, ahli Parlimen dari Parti France Unbowed (LFI), Huwaida Arraf – aktivis Palestin-Amerika, serta Chris Smalls, pemimpin kesatuan sekerja dari Amerika Syarikat.

“Kami sedar akan risiko misi ini, tetapi ia tidak sebanding dengan penderitaan kanak-kanak di Gaza setiap hari. Kami menyokong keamanan dan undang-undang antarabangsa,” kata Fourreau sebelum pelayaran bermula.

Inisiatif ini dilancarkan ketika Gaza berdepan krisis kemanusiaan paling buruk selepas lebih 20 bulan dilanda perang dan sekatan penuh oleh Israel.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO