Kibarkan Jalur Gemilang, rancakkan semangat MADANI – KP JKOM

KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop menyeru rakyat Malaysia agar mengambil peluang sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk merancakkan semangat Malaysia MADANI.

Ismail berkata, bulan Ogos dan September bukan sekadar waktu untuk mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi juga masa terbaik untuk menyemarakkan nilai-nilai patriotisme dan kebersamaan rakyat di bawah panji Malaysia MADANI.

“Kita sudah pun memasuki fasa menyambut bulan kebangsaan. Saya fikir ini masa terbaik untuk kita lakukan satu gerakan merancakkan semangat MADANI,” katanya dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Beliau menekankan bahawa rakyat khususnya ‘the silent majority’ perlu mula bersuara dan tampil menyokong aspirasi Malaysia MADANI yang dibawa oleh kepimpinan negara masa kini.

Mengulas mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan, Ismail menjelaskan bahawa Kerajaan MADANI hari ini adalah hasil daripada dinamika politik negara yang unik, dan memerlukan keberanian semua pihak untuk duduk di meja rundingan serta mengetepikan perbezaan demi mencari titik persamaan.

“Kerajaan ini bukan terbentuk secara ideal, ia hasil daripada satu eksperimen politik. Namun, keberanian untuk menumpukan kepada konsensus itu penting. Bahkan sampai ke peringkat ‘we agree to disagree’,” katanya.

Beliau turut memetik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa kekuatan pentadbiran Kerajaan MADANI terletak pada semangat kerja berpasukan dalam Kabinet yang sentiasa meraih kesepakatan meskipun berbeza pandangan.

“Walaupun wujud perbezaan pandangan dalam mesyuarat Kabinet, akhirnya keputusan yang dibuat bersama menjadi Konsensus MADANI. Setelah dipersetujui, semua pihak mendukung pelaksanaan dasar yang disepakati,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh rakyat untuk bukan sekadar meraikan kemerdekaan, tetapi turut menyertai gerakan menyebarkan dan menghidupkan semangat Malaysia MADANI dengan berkongsi cerita kejayaan dan manfaat yang telah diterima rakyat.

“Kita jadikan ini satu gelombang rakyat untuk merancakkan MADANI. Ceritakan segala kebaikan, kongsi semua kejayaan. Inilah waktunya,” katanya.

Related Posts

Kerugian hampir RM13 bilion ditanggung kerajaan dan Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Kerugian hampir RM13 bilion yang berpunca daripada salah urus kewangan dan pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum 2018 akhirnya ditanggung bersama oleh kerajaan, pembayar cukai dan pendeposit.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

KUALA LUMPUR – Pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan syarikat pembangunan dan pengurusan hartanah Arab Saudi, Al-Rawda Real Estates Development mencatatkan kerugian tertinggi sebanyak RM1.86 bilion setakat 2024. Ia merupakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerugian hampir RM13 bilion ditanggung kerajaan dan Tabung Haji

Kerugian hampir RM13 bilion ditanggung kerajaan dan Tabung Haji

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Keuntungan ‘dibesar-besarkan’, Tabung Haji akhirnya tanggung beban – Amidi

Keuntungan ‘dibesar-besarkan’, Tabung Haji akhirnya tanggung beban – Amidi

Duit rakyat jadi taruhan? Pelbagai bangsa tuntut penjelasan RCI Tabung Haji

Duit rakyat jadi taruhan? Pelbagai bangsa tuntut penjelasan RCI Tabung Haji