Ops Kesan 4.0: 27 premis terima notis pengesahan maklumat barang

KANGAR – Sebanyak 27 premis perniagaan di negeri ini menerima Notis Pengesahan Maklumat Barang (NPMB) selepas pemeriksaan dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis menerusi Ops Kesan 4.0.

Pengarahnya, Rohaida Hassan berkata, notis itu melibatkan sebanyak 119 unit barangan atau Stock Keeping Unit (SKU) yang dikenal pasti untuk semakan lanjut berhubung pergerakan harga.

“Kita sudah menyerahkan 27 notis kepada peniaga yang terlibat dan mereka diberi tempoh empat hari bekerja untuk menjawab notis dengan mengemukakan maklumat harga barang.

“Ops Kesan 4.0 dilaksanakan bermula 1 Julai lalu sebagai langkah pencegahan terhadap tindakan pencatutan susulan semakan kadar dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” katanya ketika ditemui pada operasi tersebut di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Tambahnya, ops itu dilaksanakan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi memastikan tiada peniaga menaikkan harga sesuka hati atas alasan SST.

Beliau turut memaklumkan, KPDN Perlis belum menerima sebarang aduan daripada orang ramai mengenai sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah setakat ini.

“Pemeriksaan melibatkan pelbagai jenis premis termasuk kedai runcit, pasar raya, gerai kecil dan penjaja jalanan membabitkan lebih 22,000 lokasi di seluruh Perlis.

“Kita menggerakkan seramai 37 pegawai dan anggota penguat kuasa secara berperingkat bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan sedia ada,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa mana-mana individu atau syarikat yang didapati bersalah mencatut boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara, manakala syarikat pula boleh didenda maksimum RM500,000.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok