Kehilangan pempengaruh permotoran, polis tamatkan Ops SAR

MUAR – Memasuki hari keempat kehilangan pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija yang dikhuatiri lemas di Sungai Tui, Bukit Kepong, di sini, polis hari ini memaklumkan untuk menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, selepas dilaporkan hilang sejak Selasa lalu, tiada sebarang petunjuk ditemui meskipun usaha pencarian menggunakan pelbagai kaedah termasuklah bot milik polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selain pemantauan udara menggunakan bantuan dron milik JBPM.

“OPS SAR dihentikan selepas mengambil kira faktor bagi memberi ruang kepada agensi penyelamat lain memperluaskan lokasi pencarian mereka ke lokasi yang dirasakan berisiko dengan keberadaan mangsa.

“Bagaimanapun, polis tidak akan menghentikan proses pencarian yang melibatkan anggota dari balai dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD). Justeru, sebarang maklumat berkaitan penemuan mangsa atau harta benda miliknya diminta untuk melaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Raiz, seramai 77 anggota daripada pelbagai unit terlibat dalam OPS SAR yang dijalankan sejak Isnin lalu selain kaedah pengesanan menggunakan anjing K9.

Terdahulu, media melaporkan seorang pempengaruh permotoran dikhuatiri lemas selepas kenderaan jenis Perodua Axia dipandunya ditemui terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong, di sini.

Kehilangan Tengku Nizaruddin disahkan ahli keluarganya yang mendakwa mangsa gagal dihubungi sejak Isnin lalu selepas kali terakhir bertemu adiknya, Tengku Abdul Aziz, 30, di sekitar Pagoh, di sini.

Mangsa dan adiknya yang memandu kenderaan berasingan dari Johor Bahru telah menuju ke daerah ini untuk menyelesaikan urusan masing-masing dan sempat bertemu di Pagoh sebelum Tengku Nizaruddin memaklumkan untuk ke Bukit Kepong berjumpa rakannya.

Bagaimanapun, selepas berpisah, mangsa gagal dihubungi oleh ahli keluarganya petang itu menyebabkan rakannya menjejaki lokasi terakhir melalui sistem GPS yang diberikan isteri mangsa sebelum kenderaannya ditemui di sungai berkenaan, namun mangsa tidak berada di dalam.

Related Posts

Bina koridor hidupan liar tangani konflik gajah-manusia – Suryady

KALABAKAN – Pewujudan koridor hidupan liar perlu diberi perhatian serius sebagai antara langkah jangka panjang bagi mengurangkan konflik antara gajah dan manusia yang berlaku di kawasan Parlimen Kalabakan. Ahli Parlimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Nak bahas saya atau Tabung Haji’ – Anwar persoal tindakan pembangkang

‘Nak bahas saya atau Tabung Haji’ – Anwar persoal tindakan pembangkang

Siasatan serta merta RCI Tabung Haji direstui Kabinet, tangkapan individu penting sudah dilaksana

Siasatan serta merta RCI Tabung Haji direstui Kabinet, tangkapan individu penting sudah dilaksana

Ahli Parlimen PN bertindak keluar dewan, tak sertai sesi penerangan Menteri RCI TH

Ahli Parlimen PN bertindak keluar dewan, tak sertai sesi penerangan Menteri RCI TH

PM mohon maaf tidak hadir Sidang Khas RCI Tabung Haji

  • By Aden
  • August 11, 2026
PM mohon maaf tidak hadir Sidang Khas RCI Tabung Haji

Bina koridor hidupan liar tangani konflik gajah-manusia – Suryady

  • By Fatin
  • August 11, 2026
Bina koridor hidupan liar tangani konflik gajah-manusia – Suryady

Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu